PRK TENANG : PAS BERTANDING UNTUK MENANG

PAS yang bertanding pada PRK Tenang 30 Januari ini akan turun dengan semangat tinggi dan memohon dari Allah akan menang bagi menutup keceluparan BN yang bermaharajalela sejak 50 tahun dahulu.

Pertandingan ini bukan main-main tetapi ianya adalah serius bagi memberikan semangat kepada petugas dan penyokong PR dan PAS bagi meneruskan kejayaan pada PRU akan datang.

Sebab itulah PAS Johor dilihat begitu serius mengatur gerak dan strategi bagi menawan hati rakyat DUN Tenang yang sekian lama tidak tenang dengan kerenah BN yang hanya peka kepada rakyat menjelang pilihanraya tetapi meminggirkan mereka selepas pilihanraya.

Dari itu tidak mustahil rakyat akan menolak BN dan memberikan kemenangan kepada PR pada 30 Januari ini.

Pasukan pembantu seluruh negara sudah bersiap siaga menunggu semboyan dari pimpinan mereka untuk turun ke Tenang.
Read More

BLOG MUTALIGAT KEMBALI MENEMUI PEMBACA

Makluman : Blog mutaligat (http://mutaligat.blogspot.com) kembali menemui pembaca bermula dari sekarang setelah hampir sebulan mengalami masalah teknikal.

Harap Maklum
Read More

BAPAK RASUAH KETUAI FELDA, JAGA-JAGA WANG FELDA!!!

Pengumuman bapak rasuah, Isa Samad menjadi Pengerusi Felda benar-benar menghina masyarakat Felda. Semua orang tahu Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah rasuah oleh Umno sehingga digantung 6 tahun oleh Umno. Namun beliau yang sepatutnya dikenakan hukuman rasuah oleh mahamah diselamatkan oleh Umno dengan tidak dihadapkan ke mana-mana mahkamah di negara kita. Ini kerana Umno merasakan rasuah bukanlah dosa besar dan bukan kesalahan bagi Umno.

Kini Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda sebuah agensi yang mempunyai dana dan aset yang banyak di mana semuanya atas titik peluh peneroka Felda.

Perlantikan Isa sebenarnya suatu penghinaan yang sangat besar kepada masyarakat Felda kerana sepatutnya agensi seperti itu mesti diketuai oleh seorang yang bersih, amanah dan berakhlaq bukannya bekas kaki rasuah dan bapak rasuah.

Tidak adakah orang lain yang lebih bersih dari Isa untuk dilantik ke jawatan itu???. Anak-anak peneroka Felda sendiri yang jumlahnya ratusan ribu patut dilantik ke jawatan itu bukannya seorang bekas perasuah
Read More

PROGRAM 100 HARI : BN MENCARI IDEA UNTUK SERANG

Sehingga ke hari ini Umno/BN belum mempunyai idea yang mantap untuk menyerang program 100 hari PR. Mereka hanya menyatakan bahawa ianya hanya khayalan kosong, retorik dan mimpi di siang hari. Sepatutnya Umno/BN berusaha dengan fakta dan justifikasi lengkap untuk membuktikan PR hanya pandai membuat janji tetapi sukar untuk dilaksanakan.

Rakyat yang waras dan cerdik sebenarnya sudah faham dari mana sumber wang yang bakal diperolehi oleh PR untuk menaikkan gaji guru sebanyak RM500 dan juga menjalakan program kebajikan lain.

Penghapusan subsidi kepada Penjana Bebas Elektrik (IPP), mengelakkan ketirisan wang negara melalui penghapusan rasuah dan penyelewengan sudah tentu mampu menyelamatkan wang negara/rakyat dan seterusnya dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk subsidi dan program kebajikan.

Sebenarnya Umno/BN memang tidak berupaya untuk meniru pentadbiran PR kerana amalan rasuah, boros dan penyelewengan sudah menjadi wirid hairan mereka sehingga duit negara/rakyat hangus begitu sahaja di mana sebahagian besarnya masuk ke poket orang-orang tertentu bukannya untuk rakyat.
Read More

(NASIONAL) TIDAK MUSTAHIL BN AKAN TIRU PROGRAM 1OO HARI PR

Sejak dahulu lagi BN akan memperkecilkan apa juga program dan perancangan yang dijalankan oleh lawan mereka. Mereka pernah memandang enteng perlaksanaan cuti bersalin 90 hari, kerja 5 hari dan lain-lain program yang diamalkan di Kelantan. Tetapi puluhan tahun selepas itu mereka meniru program dan amalan tersebut.

Ternyata pemimpin BN ketinggalan 20-30 tahun kebelakang dalam program-program kebajikan kepada rakyat.

Begitu juga dengan rancangan program 100 hari jika PR memerintah yang dilancarkan minggu 19 Disember lalu. BN memandang sinis dan menuduh ianya hanyalah retorik yang tidak berpijak di bumi nyata. Pemimpin BN tidak yakin PR mampu untuk memberikan faedah sebesar itu kepada rakyat. Ini kerana mereka menyangkan bahawa PR juga boros dan mengamalkan rasuah serta kronisme seperti mereka sehingga banyak duit rakyat tiris dan hangus begitu sahaja.

Sedangkan PR sudah membuat kajian teliti sebelum mengeluarkan buku jingga tersebut. Mana mungkin PR berani berjanji jika ianya tidak mampu ditunaikan. Rakyat hari ini bukannya bodoh seperti yang disangka oleh BN. Mereka sudah tentu akan menuntutnya jika PR menang pada PRU 13 nanti. Jika PR gagal menepati janji tersebut sudah PR akan dihukum pada PRU berikutnya.
Read More

(NASIONAL) CADANGAN PAS KETUAI SOLAT JEMAAH MAGHRIB DAN ISYAK DI TENGAH PADANG STADIUM

Saya mencadangkan pada mana-mana pertandingan bolasepak atau sukan lain selepas ini, PAS mengetuai solat jemaah di tengah-tengah stadium bagi menggalakkan semua yang hadir menonton perlawanan sukan tersebut tidak meninggalkan solat.

PAS boleh membekalkan air atau meminta semua penonton yang Islam membawa air untuk berwudhuk.

Diharapkan cadangan saya ini mendapat perhatian semua pimpinan PAS.

Yang benar

Sofi Wahab
Read More

(NEGERI) : RAKYAT SEMAKIN SEDAR KEGAGALAN BN - USTAZ GHANI

Alor Gajah 26 Dis : Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yakin PAS Melaka berupaya membuat kejutan pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang berdasarkan beberapa perkembangan terbaru yang berlaku di negeri ini.

Abdul Ghani berkata kesedaran rakyat semakin meningkat tentang kegagalan kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia lebih dari 50 tahun.

"Rakyat semakin terhimpit dengan masalah kenaikan harga minyak, barangan keperluan dan juga masalah jenayah yang semakin meningkat".

Masalah maksiat, gejala buang zina, buang bayi, dadah, rasuah serta kronisme juga semakin menyedarkan rakyat betapa pentingnya menolak BN pada Pilihanraya Umum akan datang" kata Ustaz Abdul Ghani.

Menurut Abdul Ghani, rakyat Malaysia juga semakin terpikat dengan tawaran Pakatan Rakyat (PR) yang digariskan dalam buku jingga tawaran PR jika berkuasa dalam 100 hari pertama pemerintahannya.

Abdul Ghani berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada program jom turun padang Dun Asahan dekat sini, hari ini.

"Rakyat Malaysia sebenarnya sudah mula membuka mata kerana mereka semakin terdedah dengan maklumat alternatif melalui media terkini laman web, blog, facebook dan lain-lain".

"Oleh kerana ituah walaupun BN menyerang PR tanpa henti dalam media arus perdana, TV dan surat khabar mereka, namun rakyat tetap berfikir dua kali untuk menyokong mereka" tambah Ustaz Abdul Ghani yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Apa yang penting, kata beliau, ahli dan penyokong PAS mesti bekerja keras untuk menyedarkan rakyat supaya mereka berani membuat perubahan pada pilihanraya akan datang. Katanya, semua petugas PAS dan PR mesti memastikan maklumat sampai kepada semua rakyat samada melalui internet, risalah, buletin maupun secara lisan.

Selain itu beliau turut melahirkan rasa syukur di atas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Konvensyen PR kedua minggu lalu, dimana Karpal mencadangkan supaya pimpinan tertinggi PR segera mengadakan perbincangan tentang isu negara Islam.

"Kenyataan Karpal itu jelas menunjukkan bahawa beliau semakin faham dengan prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, kalau dulu beliau dilihat menentang keras terhadap negara Islam kini beliau boleh diajak berunding".

"Kita sangat gembira dengan perkembangan ini dan ianya membuktikan bahawa dakwah kita semakin diterima oleh orang bukan Islam" ujar Ustaz Abdul Ghani.

Pada program jom turun padang tersebut kira-kira 100 pimpinan dan ahli PAS negeri Melaka berganding menziarahi pengundi-pengundi Dun Asahan di mana kira-kira 70 buah rumah telah dilawati meliputi 5 peti undi.

Selain menziarahi penduduk setempat pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) juga menyampaikan buah tangan berupa barangan keperluan dapur kepada beberapa orang ibu tunggal di kawasan tersebut.

Turut hadir pada program tersebut ialah Timbalan -timbalan Pesuruhjaya, Haji Adly Zahari, Haji Jasme Tompang dan Haji Khamis Saat serta Pengerusi MTD Asahan, Jaafar Abdullah beberapa orang pimpinan PAS Negeri dan kawasan.
Read More

(NEGERI) : MELAKA MAJU : HUTANG MAKIN BERTAMBAH

Bukit Baru 26 Dis : Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Haji Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Ramli berkata kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega di negeri ini kerana hasil negeri ini tidak dapat menampung hutang negeri Melaka telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari"

"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit" kata ketika dihubungi di Pejabat Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru di sini hari ini.

Menurut Ramli banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorail, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.

Ramli berkata demikian ketika di minta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka negeri maju 201o sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya. Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010." tegas Ramli yang juga Penyelia DUN Bukit Baru.

"Nampaknya Ali tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih. Memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya. Apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu."

Dalam kenyataan itu Ali berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.
Read More

(NEGERI) MELAKA PERLU RM2 BILION UNTUK TAMBAH HUTANG

26 Dis : 2 hari lepas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam berkata Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

Kita pun faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka negeri maju 201o sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya.

Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010.

Nampaknya Ali tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih. Memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya. Apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu.

Dalam kenyataan itu Ali berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.
Read More

(NASIONAL) 1MALAYSIA BUKAN ALAT POLITIK TAPI ALAT KEMPEN

26 Dis : Perdana Menteri, Najib Razak berkata konsep 1Malaysia adalah untuk membina sebuah negara dan bukan bagi tujuan politik.

Beliau berkata tanpa ragu-ragu, semangat bersama ini dan mampu untuk bangkit melangkaui perbezaan politik, adalah penting dalam memastikan keamanan dan kestabilan berterusan di negara ini.

Namun bagi saya dari segi pelaksanaan ianya hanyalah retorik kerana Umno/BN terus memainkan semangat perkauman untuk mendapat sokongan rakyat. Malah parti-parti komponen BN sendiri enggan menanggalkan baju perkauman masing-masing apabila terus mengutamakan bangsa masing-masing sebagai agenda utama perjuangan.

Selain itu di saat kerajaan melaungkan 1Malaysia sebagai alat untuk membina perpaduan, pada masa yang sama mereka menghancurkan semangat tersebut dengan mendiskriminasikan negeri-negeri Pakatan Rakyat. Sebagai contoh Kelantan dinafikan royalti petroleum. Kerajaan pusat juga menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Persekutuan bagi menjadi wakil mereka di kampung-kampung sedangkan JKKK sudah ada.
Banyak kali kerajaan negeri-negeri PR tidak dijemput dalam mesyuarat-mesyuarat penting melibatkan negeri-negeri, hanya negeri-negeri BN sahaja yang dijemput.

Inikah semangat 1Malaysia???
Read More

(NASIONAL) PROGRAM 1OO HARI : MENGAPA TAKUT KALAU IANYA RETORIK

24 Dis : Pemimpin Umno menuduh program 100 hari PR memerintah hanyalah retorik dan akan menyebabkan negara akan bangkrap dan muflis. Tetapi pada masa yang sama mereka seolah-olah takut dan gementar untuk membuat komen dan 'counter attack' kepada program tersebut.

Ternyata program 100 hari dengan 10 inisiatif utama itu memang boleh dilaksanakan jika kronisme, rasuah, ketirisan dan keborosan dibuang jauh dari corak pemerintahan kerajaan pusat.

Rakyat sebenarnya yakin dengan janji-janji PR kerana ianya telah dibuktikan di negeri-negeri yang diperintah PR di mana banyak janji-janji mereka telah ditunaikan.

Rakyat sewajarnya tidak berfikir ke belakang. Mereka harus maju ke hadapan bersama PR.
Read More

(NASIONAL) TENANG JADI HIRUK PIKUK BERMULA 22 JAN HINGGA 30 JAN

Tenang sebuah kawasan yang agak terpencil di negeri Johor biasanya berada dalam suasana tenang, aman dan damai. Tetapi kini telah mula sibuk dengan kehadiran orang luar yang mula berkampung di sana dek kerana akan adanya Pilihanraya Kecil ekoran kematian Adunnya Allahyarham Sulaiman Taha minggu lalu.

Kesibukan itu akan semakin hebat menjelang 22 Januari kerana tarikh tersebut telah diumumkan oleh SPR sebagai hari penamaan calon. Ianya sudah tentu berlarutan sehingga 30 Januari iaitu hari pengundian.

Yang untung sudah tentu rakyat, peniaga dan tuan-tuan punya rumah yang boleh disewakan. Hotel dan homestay berdekatan sudah tentu penuh dan telah ditempah dari sekarang.

Tenang tidak lagi setenang dulu sekarang.
Read More