Monday, December 31, 2007

UPDATE : GERAKAN & PPP MELAKA SERTAI PAKATAN BA DALAM PILIHANRAYA UMUM KE12 ?

Oleh Abu Adham.

PAS mencadangkan agar Gerakan dan Parti Progresif Rakyat untuk tidak lagi berkerjasama dengan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang sekaligus bersama-sama dengan Barisan Alternatif bagi memperjuangkan hak untuk semua kaum di negara ini.

"PAS dari dahulu lagi selari dengan perjuangan Gerakan yang mahukan ISA dimansuhkan dan juga dalam isu menuntut keadilan, berikut ulasan yang dipetik dari Siasah oleh Dr. Mujahid Yusof Rawa selaku Pengerusi Perpaduan Nasional PAS Pusat."

Maka rentetan itu PAS Melaka juga mengambil sikap yang proaktif bagi segera menjalinkan hubungan dengan pemimpin Gerakan dan Parti Progresif Rakyat Melaka sekiranya PAS Melaka dialukan bagi membentuk pakatan untuk membenam UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Parti Gerakan dan PPP di Melaka yang sebelum ini seringkali menjadi mangsa permainan politik kotor dan licik oleh UMNO dan juga pernah direndah-rendahkan serta dicabar dalam beberapa program parti kompenan mereka oleh kepimpinan UMNO Melaka, sebagai contoh isu besar yang melibatkan kaum Cina UMNO gagal untuk tangani dengan baik sehinggakan Pengerusi UMNO mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik terhadap MCA dan Gerakan.

Isu yang juga melibatkan kaum India tidak terlepas dari permainan politik licik UMNO sehingga Pengerusi UMNO tidak langsung sensitif dengan isu membabitkan sentimen agama sekligus membiarkan Kuil Hindu diroboh setelah meraka membiarkan untuk sekian lamanya walaupun UMNO sedar binaan tersebut pasti menyembvah bumi sewaktu UMNO memperolehi Kuasa yang diberikan dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

Parti Progresif Rakyat juga tidak terlepas dari bahan mainan Politik Kasta Umno sehinggakan senarai penerima Pingat Darjah Kebersaran Negeri Melaka lansung tidak diberikan kepada mana-mana kepimpinan PPP Melaka setelah berhempas pulas menjadi Kuda tunggangan UMNO dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

"Secara dasarnya PAS sememangnya terbuka dalam isu-isu yang berkaitan dengan perjuangan menentang kezaliman seperti ISA, nopotisme,Kronisme dan pelbagai amalan korupsi seperti rasuah dari kalangan pimimpin Kerajaan sekaligus dalam isu yang melibatkan hak dan kesaksamaan antara kaum dan jika UMNO sudah tidak lagi dilihat relevan dengan perjuangan Parti Gerakan & PPP apa perlunya lagi mereka bekerjasama dengan UMNO dan pintu PAS untuk terima kerjasama sentiasa terbuka, ujar saudara Adly Zahari selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka."

Sementara itu Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka melalui Ketua Penerangannya saudara Sofi Wahab sedang melipatgandakan usaha untuk memberi penerangan kepada masyarakat Tiong Hua dan masyarakat India di Negeri Melaka menegenai sikap dan prinsip PAS terhadap kaum bukan Islam sekiranya PAS dipilih sebagai suara yang mengimbangi politik kotor UMNO dalam urusan pemerintahan.

8 PERKARA PAHIT DALAM ANTARA LIPATAN SEJARAH MALAYSIA..

Petikan Laporan Khas Malaysiakini

Correct, correct, correct

ISU: Correct, correct, correct, ya, ya, ya! Berita paling popular tahun ini sudah tentunya pendedahan klip video Lingam oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Klip selama 14 minit itu, yang dikatakan dirakamkan pada tahun 2002, menunjukkan perbualan telefon peguam kanan, Datuk VK Lingam mengenai pelantikan hakim-hakim. Dia didakwa berbual dengan Hakim Besar Malaya ketika itu - jawatan No 3 badan kehakiman - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim Omar, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara.

Dakwaan tersebut telah mencetuskan kemarahan sehingga kira-kira 2,000 peguam mengadakan 'Perarakan untuk Keadilan' sejauh 3.5km untuk menuntut supaya disiasat dakwaan rasuah dalam badan kehakiman.

Walaupun digesa pelbagai pihak, kerajaan pada mulanya keberatan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut. Sebaliknya, kerajaan menubuhkan sebuah panel tiga anggota untuk menyiasat ketulenan klip video tersebut.

Bila tidak timbul lagi persoalan mengenai ketulenannya, maka kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa diraja, walaupun banyak pihak mengkritik pemilihan anggotanya serta bidangkuasanya yang terhad.

Ahmad Fairuz bersara pada 31 Oktober selepas tempoh perkhidmatan lanjutannya tidak dilanjutkan, walaupun beliau telah membuat menafikan sebarang pembabitannya dalam klip video tersebut. Ahmad Fairuz membuat penafian itu menerusi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Anwar kemudiannya mendedahkan keseluruhan klip video tersebut pada 14 Disember lalu. Manakala adik lelaki Lingam pula mendakwa peguam tersebut rapat dengan hakim-hakim. Lingam bagaimanapun enggan mengulas tetapi menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja.

APA SETERUSNYA: Mungkin, penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di sebalik pelantikan hakim dalam badan kehakiman. Harap-harap ia tidak ditimpa nasib yang sama seperti apa yang berlaku terhadap Suruhanjaya Diraja Polis.

Kemunculan Hindraf

ISU: Hindraf (Hindu Rights Action Force) selama ini tidak dikenali sehinggalah badan tersebut yang diketuai oleh peguam P Uthayakumar dan adiknya Waythamoorthy, muncul memperjuangkan isu-isu yang melanda masyarakat India di peringkat akar umbi di negara ini.

Dari dakwaan kekejaman polis dan kes kematian ketika dalam tahanan, dua adik beradik ini juga menumpukkan perjuangan mereka kepada isu peminggiran dan diskriminasi kaum India. Selaras dengan hak kebebasan beragama, mereka turut menentang perobohan kuil-kuil Hindu di negara ini.

Mereka mendapat sokongan masyarakat dan ini dapat dilihat apabila kira-kira 2,000 kaum India berkumpul di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

Waythamoorthy kemudiannya melancarkan kempen di peringkat antarabangsa dengan memfail saman RM14 trilion terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia untuk menjadi buruh dan kemudiannya gagal memberi mengambil kira kepentingan mereka ketika Perlembagaan Persekutuan dirangka.

Dua adik beradik itu, bersama-sama dengan para peguam berketurunan India yang lain, mengadakan penjelajahan ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai saman tersebut dan berhubung hasrat Hindraf untuk menghantar petisyen kepada Ratu Elizabeth supaya melantik peguam diraja bagi mewakili rakyat India Malaysia, dalam saman tersebut.

Pada 29 Oktober, kira-kira seminggu sebelum perayaan Deepavali, sebuah kuil lama di Kampung Rimba Jaya di Padang Jawa, Selangor, telah dirobohkan dalam operasi Majlis Bandaraya Shah Alam ketika membersihkan perkampungan setinggan dan sebuah surau di situ.

Insiden itu telah mencetus kemarahan kaum India. Malah Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu turut bergegas ke tempat kejadian.

Pada 25 November, kira-kira 30,000 kaum India menghadiri perhimpunan rakyat anjuran Hindraf di ibunegara untuk menyerahkan petisyen tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi British.

Polis bertindak menggunakan gas pemedih mata dan tembakan air kimia untuk menyuraikan mereka. Ekoran itu, puluhan mereka yang menyertai perhimpunan itu didakwa di mahkamah. Mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melakukan khianat, manakala sebahagian lagi turut menghadapi tuduhan cubaan membunuh (tetapi tuduhan itu digugurkan kemudiannya).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya mengadakan pertemuan khas dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari kalangan masyarakat India untuk mendengar masalah yang dihadapi kaum tersebut.

APA SETERUSNYA: Apa yang nyata ialah beliau mesti berusaha untuk menangani masalah yang dihadapi kaum India yang kini tidak mahu lagi terus berdiam diri.


Tuntutan Bersih untuk pilihanraya bersih dan adil

ISU: Apa yang diminta oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) hanyalah sistem pilihanraya yang bebas dan bersih.

Gabungan 67 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti pembangkang itu aktif mendapatkan sokongan rakyat serta melobi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya melaksanakan idea-idea tersebut.

Sejak awal tahun ini, beberapa perjumpaan diadakan dengan SPR dan Bersih turut menjelajah seluruh negara untuk mendidik rakyat mengenai pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia.

Usaha mereka menampak hasil apabila SPR setuju melaksanakan penggunaan dakwat untuk mengelak perbuatan mengundi berulangkali serta menggunakan kotak undi telus cahaya dalam pilihanraya umum yang akan datang. Namun, ianya hanya sebahagian sahaja daripada tuntutan Bersih.

Bila Bersih mahu mengadakan ceramah di Kuala Terengganu September lalu, polis bertindak menutup semua jalan ke tempat ceramah. Dan dalam pertembungannya dengan orang ramai yang mahu menghadiri ceramah tersebut, dua orang cedera terkena tembakan peluru hidup.

Namun ia tidak melemahkan semangat Bersih. Pada 10 November Bersih menganjurkan perhimpunan rakyat di ibunegara yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan pencutan air kimia. Kira-kira 40,000 orang berhimpun di depan Istana Negara di mana petisyen diserahkan kpada wakil Yang di-Pertuan Agung.

Ini diikuti dengan penyerahan satu lagi memorandum kepada Perdana Menteri - melalui ahli Parlimen pembangkang yang turut menyaksikan kekecohan berlaku di bangunan Parlimen pada 11 Disember apabila polis menutup semua jalan masuk ke situ. Memorandum yang sama turut diserahkan ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya . Bersih membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan pengerusi SPR setahun lagi.

APA SETERUSNYA: Bersih berikrar untuk meningkatkan lagi tekanan untuk pembaharuan pilihanraya bagi membanteras dakwaan penyelewengan seperti perbuatan membeli undi dan penipuan lain dalam pilihanraya umum akan datang, yang diramal diadakan seawal bulan Mac.

Kisah kegigihan Ramli Manan

ISU: Dalam memenuhi 'tugasnya untuk negara' bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ramli Manan telah melakukan sesuatu yang akhirnya telah menjatuhkan bosnya.

Bekas pengarah BPR Sabah itu telah membuat beberapa dakwaan terhadap Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Zulkipli Mat Noot - dari dakwaan rasuah hinggalah kepada salahlaku seksual.

Ramli menghantar laporan yang mengandungi dakwaan tersebut kepada Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, tetapi semuanya tidak membawa sebarang hasil.

Bagaimanapun, ia 'meletup' selepas Gerakan Demokrasi dan Anti-Rasuah (Gerak) mendedahkan kandungan laporan itu tersebut pada bulan Febuari tahun ini.

Dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Ramli berkata, enam tahun sebelum persaraannya, beliau telah "dibekukan" kerana usahanya yang tidak jemu-menyiasat tuduhan rasuah terhadap bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Kasitah Gaddam pada 2000.

Ramli juga berkata, beliau terus menjadi mangsa apabila bayaran gaji dan pencennya ditahan dan beliau telah memfailkan saman berhubung perkara itu.

Ekoran pendedahan tersebut, perkhidmatan Ramli yang telah dilanjutkan dua kali sejak beliau mencapai umur bersara pada tahun 2005, telah ditamatkan pada 31 Mac lalu. Bagaimanapun, empat bulan kemudiannya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah membersihkan nama Zulkifli daripada semua tuduhan rasuah terhadapnya.

APA SETERUSNYA: Menunggu reaksi seterusnya kerajaan bila lebih ramai 'whistleblower' tampil membuat pendedahan.

Rakyat bimbang jenayah meningkat

ISU: Dalam separuh tahun pertama, jumlah kes jenayah telah mencecah 87,582 - meningkatkan 7,006 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia termasuk 1,057 laporan kes rogol, kes rompakan di lebuhraya dan kejadian ragut yang mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Dalam bulan Jun, kira-kira 200 berhimpun di depan kediaman Menteri Besar Johor kerana membantah kejadian jenayah yang semakin meningkatkan di negeri tersebut. Ekoran itu, kabinet mengarahkan polis menghantar anggota tambahan ke Johor. Kabinet juga meluluskan pembinaan 11 stesen polis yang baru di negeri itu.

Pada bulan yang sama, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum juga jaminan bahawa pihak polis sedang memantau keadaan jenayah dengan serius dan kerajaan juga akan mengambil langkah sewajarnya.

Manakala Kakus Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia menganjurkan sesi awam pada bulan Julai untuk membantu polis menangani jenayah. Ia diadakan di tiga negeri - Selangor, Johor dan Pulau Pinang - untuk membolehkan orang ramai menyuarakan masalah dan rasa tidak puashati mereka, tetapi pihak media dibenarkan membuat liputan.

Badan pemikir - Merdeka Centre - telah mengadakan tinjauan pendapat, dan hasilnya yang diumumkan pada bulan Ogos mengesahkan apa yang sudah diketahui oleh orang ramai.

APA SETERUSNYA:
Pihak polis diharapkan menumpukan perhatian membanteras jenayah, daripada bertindak keras terhadap orang ramai yang memprotes menuntut hak perlembagaanan mereka.

Kekeliruan dalam isu agama

ISU: Konflik mengenai isu-isu agama terus menjadi tajuk utama, termasuk beberapa kes yang berlanjutan dari tahun lalu. Pokok pendebatannya adalah sama ada mahkamah sivil mempunyai bidangkuasa ke atas perkara yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Ia juga dikaitkan dengan isu kebebasan beragama.

Dalam kes Lina Joy, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa isu pertukaran agama adalah dalam bidangkuasa mahkamah syariah.

Satu lagi adalah mengenai kes M Revathi, yang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi dibesarkan mengikut agama Hindu dan bersuamikan seraong Hindu - yang menceritakan paksaan yang dikenakan ke atasnya sewaktu ditempatkan di pusat pemulihan akidah Islam.

Dalam bulan ini, Mahkamah Persekutuan membuat satu lagi keputusan bahawa kes perceraian R Subashini, yang suaminya memeluk Islam bersama seorang anak lelakinya, adalah dalam bidangkuasa mahkamah sivil. Keputusan majoriti 2-1 itu juga memutuskan bahawa suaminya boleh menukar agama anaknya tanpa perlu memaklumkan kepada ibunya.

Manakala sebuah persidangan antara agama peringkat global dibatalkan pada saat-saat akhir - dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik diri daripada menyampaikan ucapan dasarnya, sekaligus mencetuskan kritikan sama ada kerajaan benar-benar mengamalkan sikap toleransi beragama seperti yang didakwanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak memanaskan suasana apabila beliau menyatakan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

APA SETERUSNYA: Isu-isu agama akan terus diperdebatkan selagi ia dipolitikkan. Dan ia dijangka berterusan tahun depan berikutan dua saman telah difailkan berhubung hak penganut Kristian menggunakan "Allah" dalam Bahasa Malaysia bagi merujukan kepada perkataan "God".

Isu babi di Melaka

ISU: Mengikut kalendar Cina, 2007 merupakan tahun Babi dan di Melaka, penternak babi di negeri itu telah bertindak mempertahankan ladang ternakan mereka.

Kerajaan Melaka memutuskan untuk menutup ladang babi atas alasan pencemaran alam sekitar, sepertimana yang dilakukan di negeri-negeri lain sejak beberapa tahun lalu.

Pada 4 September lalu, ribuan anggota penguatkuasa dari agensi-agensi terbabit telah cuba memusnahkan ternakan babi di Bukit Beruang, Paya Mengkuang, Kampung Man Lok dan kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, mereka dihalang oleh penternak yang membentuk benteng bagi melindungi ladang mereka. Mereka membantah kerana kerajaan negeri bertindak demikian walaupun tempoh penutupan ladang masih belum tamat.

Mereka serta keluarga masing-masing turut mengebarkan bendera Malaysia dan membawa kain rentang perayaan sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia.

Polis menutup semua jalan utama. Beratus-ratus anggota polis, termasuk unit anti-rusuhan ditempatkan di situ. Jentera pengorek juga dibawa untuk menggali lubang bagi menanam babi yang mahu dimusnahkan itu.

Selepas 10 jam berlaku ketegangan, maka pemimpin MCA negeri telah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa bagi melanjutkan tempoh tersebut sehingga 21 September bagi memboleh ternakan di kawasan terbabit dipindahkan. Bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana masalah logistik.

Rundingan seterusnya yang diadakan pada 2 Oktober memutuskan untuk menangguhkan lagi tarikh tersebut sehingga 3 Mac tahun depan. Pada tarikh tersebut, kerajaan negeri menetapkan bahawa hanya 48,000 yang dibenar diternak. Kesemua 24 ladang ternakan babi di luar Paya Mengkuang mesti ditutup pada bulan Disember.

APA SETERUSNYA:
Penternak terbabit tidak mempunyai pilihan dan perlu mematuhi syarat-syarat kebersihan yang ditetapkan. Bagaimanapun, cara pihak berkuasa negeri cuba menutup ladang ternakan mereka akan diingati, terutama ketika mereka keluar mengundi.

Isu PKFZ

ISU: Ia bermula dengan Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (PLDCB) yang ditubuhkan pad tahun 1989 dan dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dianugerahkan tanah seluas 405 hektar di Pulau Indah oleh kerajaan negeri.

Ia menjual separuh daripada tanah tersebut kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd pada harga RM30 juta, dan diikuti dengan bakinya sebanyak RM65 juta - menjadi jumlah keseluruhannya RM95 juta. Pada 2002, Kuala Dimensi menandatangani perjanjian untuk menjual semula keseluruhan tanah tersebut kepada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) pada harga RM1.81 bilion.

Kuala Dimensi pula ada kaitan dengan firma pemaju hartanah dan pelaburan Wijaya Baru Global Bhd (WBGB), di mana menantu lelaki Onn - Faizal Abdullah - menjadi timbalan ketua pegawai eksekutifnya.

Walaupun berlaku percanggahan kepentingan, Kuala Dimensi telah menandatangani perjanjian dengan PKA untuk memajukan kawasan itu sebagai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada mulanya pada kos RM500 juta. Ia kemudiannya meningkatkan kepada RM4.6 billion.

Selepas itu timbul tuduhan bahawa PKFZ mengalami masalah karenah birokrasi, campurtangan ahli politik dan pihak-pihak berkepentingan yang lain, minit mesyuarat yang tidak tepat dan percubaan mengelak cukai.

Masalah-masalah ini disebut menjadi punca syarikat Jebel Ali Free Zone dari Dubai telah menarik diri daripada mengurus dan mempromosi PKFZ.

Ekoran laporan-laporan negatif mengenainya - dan keputusan kerajaan untuk menyelamatkan projek berkenaan - maka pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad mengarah siasatan dijalankan terhadap isu PKFZ.

Bagaimanapun, selepas penjelasan dari PKFZ, PAC nampaknya berpuashati dengan perjalanan projek tersebut.

APA SETERUSNYA: Dengan Peguam Negara belum bertemu PAC dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy mengelak daripada jawapan soalan, siasatan yang sedang dijalankan mungkin menemui jalan buntu. Mungkin ia juga akan dilanda sindrom 'mudah lupa'.

Mengintip tawaran PAS dalam pilihan raya ke-12

BAHAGIAN PERTAMA

Oleh Dr Dzulkifli Ahmad
Pusat Penyelidikan PAS (PPP)

Negara sekali lagi di ambang pilihan raya umum ke-12. Pilihan raya adalah antara ciri dan amalan penting dalam sebuah demokrasi, namun demokrasi bukahlah hanya pilihan raya.

Sebuah kerajaan demokrasi ialah sebuah ’Kerajaan Rakyat’. Sebuah kerajaan demokratik yang berperlembagaan dan berdaulat, mendukungi keluhuran undang-undang. Ia mengurus tadbir pemerintahan dengan mengadakan sistem pilihan raya yang berkala, sebagai kaedah utama yang memberikan mandat dan kuasa kepada kerajaan yang dipilih rakyat.

Sesungguhnya pengundi dan rakyatlah sebenarnya majikan dan tuan yang menentukan kerajaan. Maka dalam amalan demokrasi yang sihat dan matang, apabila sebuah kerajaan yang dipilih gagal memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kesejahteraan, pembangunan, keadilan serta kualiti hidup yang baik, pengundi boleh bertindak menukar dan merubah kerajaan.

Sementara itu parti pembangkang sama ada di Parlimen mahupun di Dun, dikehendaki rakyat untuk memainkan peranan ’menyemak-imbang’ segala polisi dan perlaksanaan parti pemerintah. Unsur ’semak-imbang’ ini begitu penting dalam pentadbiran sesebuah kerajaan sehinggakan Allah s.w.t. menjadikan ia satu amalan penting bagi mengelakkan kehancuran seluruh alam ini dan institusi-institusi penting agama.

”Kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang kezaliman setengah yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat ibadat serta gereja, biara dan masjid-masjid, yang dalamnya sentiasa disebut nama Allah sebanyak-sebanyaknya.” (maksud al-Hajj: 40)


”Kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang kezaliman setengah yang lain, maka hancurlah seluruh muka alam ini ....” (maksud al-Ayat)


Dalam amalan demokrasi yang sihat dan berfungsi, pengundi berkuasa, selaku 'tuan dan majikan’, boleh menurun atau menaikkan mana-mana parti pemerintah. Di sisi Islam pula kekuasaan yang ada di tangan orang-orang beriman itu perlu diingatkan adalah sebagai amanah yang akan dipertanggungjawabkan Allah s.w.t.


Pengundi juga berkuasa memenangkan atau menolak mana-mana calon yang bertanding dalam pilihan raya umum atau kecil. Bagi memenuhi cita-cita demokrasi ini, pengundi memerlukan sebuah sistem dan proses pilihan raya yang bebas, adil dan bersih.


Malangnya demokrasi di negara ini tidak dapat dianggap demokrasi sebenar. Ini bukan sahaja pendirian golongan parti pembangkang. Para sarjana sains politik menamakan jenis demokrasi seperti di Malaysia sebagai "Quasi-Democracy” or "Pseudo-Democracy” atau "Separa Demokrasi" atau "Demokrasi Palsu” (William Case 2004, Zakaria Ahmad 1989) atas sebab pelbagai amalan undang-undang zalim yang terus berkuatkuasa sementara mengadakan pilihan raya berkala dan meraikan institusi-institusi demokrasi yang tidak berfungsi sepenuhnya.


Bagi membolehkan pengundi memainkan peranan sebagai majikan dan tuan, maka capaian mereka kepada maklumat adalah penentu dan kayu ukur utama sama ada demokrasi itu tulen atau palsu. Menyuruh rakyat menjadi pengundi sementara mereka dinafikan mendapat maklumat lantas tidak mampu membuat pemilihan berdasarkan pengetahuan, adalah kecurangan dan kepincangan paling besar dalam amalan demokrasi di negara ini.


Sebaliknya apabila rakyat keluar mengundi dan memilih sebuah kerajaan yang mereka kehendaki berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang terdedah kepada mereka, maka itulah maksud sebenar "Kerajaan Rakyat” yang dipilih dan disokong rakyat berdasarkan maklumat dan pengetahuan.


Menjelang pilihan raya ke-12 ini, negara terus berada dalam suasana yang mengkhuatirkan, mencemaskan bahkan menakutkan. Negara terus dicengkam krisis yang tidak berkesudahan dan diancam kemelut yang berpanjangan.


Mengapakah keadaan ini berterusan berlaku? Apakah yang dikhuatirkan? Mengapa suasana kini mencemaskan? Dan apa pula yang menakutkan rakyat?


Disebabkan sukar untuk mendapat capaian media arus perdana bagi menyampaikan dan menerangkan kepada rakyat tentang hasrat parti Islam ini, maka PAS akan menggunakan segala media perhubungan termasuk cetak elektronik serta blog-maya, di samping komunikasi tradisi secara langsung sama ada inter-personal mahupun ceramah.

Siri penulisan ini cuba mengungkapkan tawaran politik PAS sebelum pembentangan Manifesto PAS dibuat secara rasminya menjelang pilihan raya ke-12 akan datang. Tentunya penyelesaian dan polisi yang dicadangkan oleh parti ini akan bermula dengan pembentangan analisis serta pengenalpastian masalah secara ringkas dan punca-punca utama yang mencetuskannya.

Tahap masalah dalam beberapa isu yang menggugat rakyat telah sampai ke peringkat krisis yang parah dan membarah.

Menyedari serta menginsafi kependudukan (demografi) negara ini yang unik dan bersifat majmuk atau plural, sama ada pelbagai bangsa, bahasa dan budaya, adalah mustahak untuk sebuah gerakan Islam yang komited dengan pendekatan demokrasi sebagai jalan sah untuk memperjuangkan cita-cita politiknya, maka PAS wajar meletakkan semua ini dalam kerangka dan tuntutan demokrasi, meskipun sistem dan demokrasi itu tempang.

PAS tegaskan bahawa penulisan ini akan mengambil pendekatan yang menekankan aspek prinsip penghayatan Islam (pendekatan substantif) lebih daripada menekankan istilah atau slogan atau rupa bentuk sahaja (pendekatan formatif). Ini sesuai dengan penegasan satu kaedah Usul Fiqh: Al-Ibrah bil Musamma wa Laisa bil Isim (Pengajaran itu dinilai dari intipati serta hakikatnya bukan dari nama serta rupanya).

Kebijaksanaan ini semakin lebih menekan ke atas gerakan Islam dan parti Islam yang terpaksa mendepani realiti politik serta bertarung dalam gelanggang persaingan yang bukan sahaja untuk memenangi hati budi orang Islam bahkan pengundi dan rakyat bukan Islam.

Analisis serta kupasan masalah adalah berpandukan kajian serta pengamatan dan dapatan penyelidikan yang dijalankan sepanjang tahun. Letak kedudukan kepentingan setiap isu di sisi tanggapan atau persepsi pelbagai segmen rakyat dan kelompok pengundi juga telah dikenal pasti hasil dari kajian.

Penyelesaian dan tawaran dibuat dalam beberapa ‘teras penting’ dalam rangka penyelesaian menyeluruh bagi mengeluarkan negara dari kemelut dan krisis ini.

Ia bersabitan antara lainnya, aspek kepimpinan dan pemerintahan, dasar perpaduan negara, reformasi institusi serta sistem demokrasi, pengurusan ekonomi dan kekayaan negara, pembenterasan jenayah serta keselamatan nyawa, kehormatan dan harta, pemerkasaan pendidikan serta penyelididkan dan pembangunan, kebajikan pekerja awam dan swasta, penjaminan perkhidmatan kesihatan, pembelaan kebajikan menyeluruh rakyat, pembelaan dan pemerkasaan wanita, pembangunan pertanian sebagai industri pemelihara keselamatan negara, dan lain-lain.

Penulisan ini secara ringkas akan mengupas permasalahan pertama dan utama, dan seterusnya mengutarakan dasar dan polisi dalam rangka membaikpulih dan mengatasi permasalahan tersebut.

Tegasnya, keseluruhan permasalahan yang mendepani negara menggugat keutuhan dan kesejahteraan rakyat serta daya saing negara ini, berpunca dari ibu segala sumber masalah, yakni kegagalan kepimpinan tertinggi politik pemerintah, yang setelah membuat dan menabur janji, bahkan menang besar atas harapan janji memerangi rasuah, lalu memungkiri dan membelakangi janji tersebut, lalu sehingga kini, terbala bukan sahaja atas diri mereka bahkan ke atas seluruh rakyat di negara ini.

Maka menyedari segala kepincangan pemerintahan yang ada kini, khususnya amalan rasuah yang semakin parah, kronisme dan penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan integriti dan kewibawaan institusi-institusi penting dalam kerajaan, maka PAS bakal menawarkan sebuah Kerajaan Bersih dan Berkebajikan serta Pemimpin Beramanah, yang antara lainnya akan:

  • * Menginstitusikan dan memperkasakan amalan pemisahan kuasa Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya amalan demokrasi berfungsi dan berkesan serta tidak dicerobohi serta dipintas oleh pihak Eksekutif. Ini dapat disaksikan secara jelas dalam amalan pemerintahan yang ada apabila institusi seperti Kehakiman dan badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen untuk menjalankan tugas-tugas penting dalam amalan demokrasi seperti SPR, Suhakam, Badan Pencegah Rasuah, Ketua Audit Negara kerap dihalang daripada menjalankan tugasan mereka.

  • • Menegaskan penghayatan Islam sebagai ad-Deen bagi umat Islam di negara ini. Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

  • • Memperkasa dan memperkukuh agensi-agensi ‘watchdog’ atau ’pemantau’ seperti BPR, Ketua Audit Negara, Suhakam, SPR dan lain-lain, dengan sumber dan mandat supaya tidak terbelenggu kepada mana-mana pihak dan terus bertanggungjawab kepada Parlimen.

  • • Melindungi kedudukan pelapor atau 'whistleblowers' dengan jaminan kerahsian demi mempertahankan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.

  • • Meminda dan/atau menghapuskan akta-akta zalim yang menyekat hak dan kebebasan rakyat seperti ISA, Akta

  • Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

  • • Menjamin sistem pilihan raya yang bebas, adil dan bersih dengan reformasi sistem pilihan raya secara menyeluruh seperti yang dituntut Bersih.

  • • Meningkat amalan dan urus-tadbir kerajaan dengan berpandukan amalan terbaik (best practice) dalam jabatan awam, agensi serta syarikat yang berkaitan kerajaan supaya menjauhi rasuah dan ketirisan dalam sistem penghantaraan awam khususnya dalam pembekalan awam (public procurement) projek mega-mewah melalui tender terbuka dengan penubuhan Badan Tender Bebas di bawah kuasa Parlimen.

  • • Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman di bawah Parlimen yang bertanggungjawab melantik hakim-hakim berdasarkan merit dan integriti serta menambah baik pengurusan bagi meningkatkan kewibawaan institusi Kehakiman dengan menguatkuasakan etika kehakiman yang saksama.

MENTERI KERAJAAN BN "PELAKON FILEM LUCAH" ?.......

Fokus Isu Oleh Roslan SMS

Dalam kita memperkatakan darihal klip video VK Lingam dan klip audio Benazir rupanya muncul pula satu klip video, kali ini dalam bentuk DVD yang "panas". Panas kenapa, kerana ia bukannya calang-calang DVD, ianya DVD sebagaimana dilaporkan oleh Utusan:
DVD "aksi seks" pemimpin politik

Menurut Utusan lagi DVD itu mengandungi adengan hubungan seks antara seorang pemimpin politik nasional berasal (bukan bertanding sahaja) dari Johor dengans eorang wanita berusia 20an tahun.





Saya pada awalnya menyangka ia melibatkan aksi pemimpin dari Umno, tetapi apabila membaca laporan bahawa DAP mendesak agar PM menyiasat kes ini, saya mula merasakan ianya membabitkan pemimpin dari masyarakat Cina. Lalu saya mengubungi rakan Cina saya dan beliau mengesahkan perkara itu dan malah mengesahkan juga bahawa ia membabitkan seorang pemimpin MCA dari Johor bertaraf Menteri.



Dah tua-tua pun masih nak buat perangai hodoh begitu, lebih kurang kata saya kepada kawan saya itu. Kami ketawa, ya mungkin kerana beliau mudah memperolehi VIAGRA dari kementeriannya!

Dulu pemimpin MIC, kini MCA dan saya dapat tahu (ini saya belum sahkan) terdapat juga gambar lucah seorang pemimpin kanan Pemuda Umno yang mahu didedahkans edikit masa lagi. Rasuah, salahguna kuasa dan kini peranagi pula hodoh, apa lagi yang tiada pada BN?

Sunday, December 30, 2007

LAJNAH PERPADUAN NASIONAL KUNJUNGI MELAKA 6 JANUARI

Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat diketuai oleh Ketuanya Dr Mujahid Yusof Rawa akan melakukan lawatan kerja ke Melaka pada 6 Januari ini.

Antara program yang akan dijalankan ialah taklimat dan kursus untuk para pimpinan Lajnah Perpaduan Nasional peringkat Negeri, kawasan-kawasan dan dewan-dewan serta ceramah khusus untuk masyarakat Tionghua oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS Malaysia , Hu Pang Chow.

LIPATGANDAKAN KERJA-KERJA PENERANGAN - PRESIDEN PAS

Taman Melewar : Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menggesa seluruh jentera penerangan PAS melipatgandakan usaha untuk meyampaikan maklumat kepada rakyat supaya mereka mendapat informasi yang tepat dan betul.Menurutnya, hanya kerja kuat dan istiqamah sahajalah risalah perjuangan Islam dan isu semasa dapat disalurkan kepada rakyat.

"Jentera PAS mesti menggunakan segenap saluran dan kaedah demi untuk memastikan rakyat dapat faham isu dan maklumat sebenar dengan itu Insya Allah mereka akan menyokong kita".

"Kita ada suratkhabar walaupun terhad, kita mesti gunakan internet, laman web, blog dan sebagainya agarnya semua ini dapat dibaca dan ditatap oleh rakyat" kata Tuan Guru.

Tuan Guru juga berkata, isu semasa sekarang ini memberikan kelebihan kepada kita tetapi ianya mesti digarap dengan cara yang menarik, berkesan dan terkini agarnya ianya menarik minat rakyat untuk membaca dan seterusnya memahaminya.Tuan Guru berkata demikian dalam program taklimat khas tertutup Presiden mengenai isu-isu semasa di Taman Melewar semalam.

Turut hadir semuanya Ahli Jawatankuasa Pusat termasuk, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Timbalan Mursyidul Am dan pimpinan-pimpinan Kawasan seluruh negara.

Wednesday, December 26, 2007

BN (Barang Naik!): BA (Buat Anjakan) kepada Amalan Bersih.. Renungan untuk kita semua !!

Dr.Shafie Abu Bakar....

Tanyalah kepada rakyat, apakah yang paling merisaukan mereka kini. Jawapan paling utama ialah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang secaralangsung mencengkam mereka. Ketara berlaku kenaikan ialah mulai dari Mei, 2007 berikutan pengumuman kenaikan gaji pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan. Sejak dari itu gelombang kenaikan harga barang terus-terusan berlaku dan tiada tindakan serius diambil oleh pihak berkuasa bagi mengekang kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Kerisauan rakyat dan debaran makin bertambah menjelang kehadiran 2008, kerana berbagai agensi dan pihak swasta makin galak mencongak kenaikan tarif, cukai, bayaran, taksiran dan dengan angkuh dan sombong membayangkan kenaikan-kenaikan yang mereka akan kenakan terhadap rakyat. Kadar kenaikan tol sudahpun diumumkan pada Rabu 28 November 2007 bagi enam buah tol yang kenaikannya antara 7 hingga 50% dari kadar sebelumnya (BH 29 Nov.2007:1). Petrol dan gas juga akan naik dijangka awal tahun hadapan yang kenaikannya mungkin antara 30 hingga 60 sen seliter (The Star 18 September 2007: 1 & UM 18 Okt. 2007: 8). Manakala tarif elektrik akan turut naik menurut kenaikan harga minyak dan gas di pasaran tempatan dan global (UM 20 Okt. 2007: 1), tarif air juga dijangka naik sebanyak 37% (UM 10 Okt. 2007: 14). Tambang teksi pula akan turut naik antara 100% hingga 600% sebagaimana dituntut (Harakahdaily 4 Oktober 2007:1 ), manakala charge bagi perubatan dan rawatan di hospital terutama swasta akan meningkat antara 10 – 20% (NST November 29, 2007: 48). Banyak lagi kenaikan yang tak tersurat yang memerangkap pengguna.

2. Kritikan Terhadap Pendekatan

Kebijaksanaan dan tindakan kerajaan dipersoal, kerana lebih membuat perkiraan politik dari kepentingan rakyat jelata. Bagi mengambil hati kakitangan kerajaan dan mengharapkan sokongan mereka, maka Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada 21 Mei 2007 kenaikan gaji kakitangan kerajaan antara 7.5 hingga 35% yang dinikmati seramai lebih kurang satu juta orang. Kemurahan kerajaan dapatlah dipuji, tetapi pendekatan dipersoalkan. Dengan pengumuman kenaikan pada bulan Mei, tetapi perlaksanaan bermula dari awal Julai 2007, membuka ruang kesempatan kepada peniaga-peniaga menaikkan harga barang-barang secara bersiri.

Selepas pengumuman kenaikan dibuat, sedangkan kakitangan kerajaan yang digembar-gemburkan dengan kenaikan gaji, belum menerima apa-apa, maka para peniaga mulai mengambil kesempatan menaikkan harga barangan! Apabila gaji benar-benar naik pada awal Julai, maka berlaku perloncatan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bagi kali kedua, maka nikmat kenaikan gaji yang diterima oleh sejuta kakitangan kerajaan dideritai oleh 24 juta rakyat, bahkan dialami oleh penerima kenaikan gaji, akhirnya kenaikan gaji tidak memberi makna, kerana kenaikan-kenaikan yang berlaku antara 20 – 50 peratus, bahkan ada 100% harga barangan menenggelamkan kenaikan yang diterima.

Kenaikan harga barang ini bersambung dan bersambut dengan kehadiran Ramadhan pada pertengahan September yang secara langsung pula menggerakkan kenaikan harga barangan dan bersambungan dengan musim perayaan. Hanya dengan kehadiran Ramadhan, maka Menteri yang bertindak secara bermusim, iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Shafie Afdal, pegawai dan kakitangan secara klisye turun padang ke pasar dan premis-premis perniagaan membuat pemeriksaan harga barang-barang yang kesannya amat minimum dari segi pengawalan harga barang-barang. Harga barang akan terus meningkat naik lagi mulai awal tahun 2008.

3. Kenaikan Harga Barang

Sebagaimana dikatakan di atas, selepas diumumkan kenaikan gaji oleh pihak kerajaan harga barang-barang terus naik. Contoh kenaikan barang-barang sebelum dan selepas Mei dan Julai 2007 hingga kini hasil dari tinjauan di beberapa kedai runcit dan maklumat-maklumat tertulis ialah.

Tepung dari RM1.65 (satu kg.) kepada RM2.80, Susu powder RM10.49 (700 gm.) kepada RM11.89 (dikurangkan 600 gm), Instant Coffee RM9.99 (bungkus 200gm) kepada RM14.00, Milo berat sekilo dari RM11.90 kepada RM15.90, Sardin RM5.00 (425gm.) kepada RM5.49, Sauce Chilli RM2.09 (500gm.) kepada RM2.39, Bawang besar RM1.20 sekilo kepada RM2.00, Bawang kecil RM4.00 kepada RM6.00, Kacang dal seguni RM20.00 kepada RM 40.00, Mee RM2.39 (sebungkus 5x80G) kepada RM2.89, Kordial Orange RM9.19 (840ml.) kepada RM9.69, Susu UHT RM4.99 kepada RM5.99, Margerin RM7.99 (1kg.) kepada RM8.99, Krim kraker RM2.39 (500gm.) kepada RM2.79. Krimer manis RM1.86 (505gm) kepada RM2.25, Biskut setin RM7.50 kepada RM9.00 dan Beras wangi RM18.99 (10kg.) kepada RM19.99.. Kenaikan harga barang-barang ini setengahnya membawa kesan berangkai. Misalnya kenaikan harga tepung mengakibatkan kenaikan harga kuih muih yang dibuat dari tepung seperti kenaikan harga roti Gardenia dari RM1.90 sebungkus (400grm) kepada $2.10, kenaikan kuih yang asalnya 3 biji seringgit menjadi RM1.20 dengan saiz yang lebih kecil.

Jika ke pasar basah, pasar malam atau pasar tani kenaikan barang-barang juga ketara. Daging lembu yang dahulu RM16.00 sekilo kini RM20.00, ikan kembong RM6,00 sekilo menjadi RM10.00, cencaru RM7.00 menjadi R$M11.00, tenggiri RM16.00 menjadi RM19.00, jenahak RM17.00 menjadi RM20.00, bawal hitam RM15.00 menjadi RM18.00, parang RM14.00 menjadi RM17.00 dan kerapu RM17.00 menjadi RM20.00. Mnakala harga sayur-sayuran tempatan dan kampong seperti sawi, kangkung, bayam dan kacang panjang lebih stabil yang dijual secara ikat atau longgok yang biasanya RM1.00 selonggok dan RM2.00 untuk tiga longgok. Harga buah-buah tempatan juga agak stabil dan bergantung pada musim, tetapi bagi buah-buah import berlaku sedikit kenaikan. Dengan kenaikan harga barang-barang di atas bagi rakyat biasa, mereka tidak memikirkan gaya atau stail membeli lagi, tetapi yang penting di mana yang dianggap lebih murah, sama ada di pasar-pasar raya atau kedai, tetapi tempat yang dianggap lebih murah ialah di pasar-pasar malam. Orang ramai amat berhati-hati dengan perbelanjaan. Mereka terasa dengan kekurangan wang. Tawaran untuk korban bagi hariraya haji di masjid dan surau kurang mendapat sambutan berbanding tahun-tahun sebelum. Masing-masing berjimat dengan kewangan yang nilainya makin merosot!

4. Rakyat Tertekan

Dalam keadaan harga barang dan perkhidmatan semuanya naik, rakyat merasa amat tertekan. Seorang bujang yang hidup di bandar dan menyewa kediaman bersama teman-teman terpaksa mengeluarkan sewa bilik RM100 sebulan. Kalau dulu nasi bungkus dengan lauk paling minima seketul ikan dan sedikit sayur boleh didapati dengan kadar RM2,00 kini meningkat harganya RM3.00. Bererti bersama makan pagi, makan tengah hari dan malam seorang paling minimum memerlukan RM10.00 sehari. Tambang menambang atau jika menggunakan motor memerlukan peruntukan minyak RM100. Bererti peruntukan asas RM500. Ini belum masuk keperluan membeli pakaian, peruntukan kesihatan , bil-bil bulanan, bantuan kepada keluarga dan perbelanjaan runcit. Sesungguhnya dengan gaji di bawah RM1,000 sebulan bagi seorang pekerja bujang hampir tidak kecukupan.

Bagi sebuah keluarga sederhana yang tinggal di bandar dan mempunyai tiga orang anak berpendapatan sekadar RM3,000 sebulan meletakkan mereka di dalam keadaan miskin dengan keperluan perbelanjaan seperti berikut, sewa atau ansuran bulanan rumah dibeli RM800 sebulan, makan minum keluarga RM1,000 sebulan, kenderaan, tol atau tambang menambang RM400, persekolahan anak-anak RM300, bil-bil RM200, pakaian RM100 dan tabungan RM100. Lebihan untuk perbelanjaan luar jangka adalah RM100 sahaja. Bayangkan betapa daif dan tertekannya kehidupan.

Bagi yang melewati umur bersara yang saraan bulanan di bawah dari RM1,500 sebulan dan tidak membuat persiapan rapi sebagai sumber tambahan hari tua, lebih-lebih lagi jika anak-anak tak dapat membantu, kerana mereka juga tertekan dengan tanggungan keluarga masing-masing, maka kehidupan pesara dengan isteri di bawah paras miskin. Bayangkan dengan pencen RM1,500 pesara semestinya mengubah gaya hidup berbanding semasa bekerja yang gaji dan elaun mencecah RM5,000 sebulan . Dalam keadaan semua harga dan perkhidmatan meningkat dan kesihatan makin menurun dan memerlukan perbelanjaan kesihatan yang lebih para pesara makin tertekan. Lebih parah lagi jika pekerja ini bukan di bawah skim pencen, tetapi bergantung kepada caruman EPFnya. Contoh dengan caruman sejumlah RM114,000 dengan kadar hayat hingga 75 tahun, maka perbelanjaan bulanan sekadar RM475 sebulan. Itu pun jika mereka dapat berjimat, tetapi jika disalahgunakan caruman, maka mereka akan lebih bermasalah di dalam menghadapi kehidupan (UM 19 Oktober 2007: 1).

Di samping mereka yang berpendapatan tetap di atas, bayangkan rakyat yang hanya bekerja sendiri pada kategori rendah yang boleh disifatkan sebagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bayangkan petani yang mempunyai tanah sekangkang kera yang berpendapatan tak sampai RM1,000 setahun, betapa daif dan tertekannya hidup. Bayangkan pula nelayan dipantai yang ke laut tidak tetap masa, di musim tengkujuh terpaksa melabuhkan perahu dan pendapatan sekadar RM10.00 hingga RM20.00 sehari pada hari kerja dan terpaksa berehat panjang pada musim tengkujuh amat perit dan menderita dengan kenaikan barang yang tidak kenal simpati kepada sesiapa. Bayangkan juga pada buruh rendahan yang terpaksa membanting tulang sekadar mendapat wang sebanyak RM10.00 hingga RM20.00 sehari amat malang dan tertekan! Bagi mereka tidak ada maknanya koridur Selatan (Pembangunan Wilayah Iskandar, tidak ada maknanya pembangunan Wilayah Utara dan tidak ada maknanya Ecer yang sehingga ini berdegar cakap, satu apa pun tak terlihat! Kalaupun berlangsungnya projek pembangunan sebenarnya ia lebih merupakan habuan kepada kroni dan para kontrektor, yang meleleh kepada rakyat, sebenarnya tidak ramai yang kecap.

5. Mengapa Kenaikan Harga Barang Melampau

Disebabkan oleh faktor-faktor yang dapat kita sebutkan sebagai faktor dalaman dan luaran.

Faktor Dalaman

Sebahagian dari faktor dalaman yang penting yang kenaikannya ketara memberi kesan kepada peningkatan harga barangan dan perkhidmatan ialah:

Pengkoporatan, Penswastaan dan Perjanjian Berat Sebelah

Dapat dikatakan kerajaan mengambil langkah silap dengan pengkorporatan dan penswastaan projek-projek lebuhraya secara berterusan, terbuka dan berat sebelah kerana ia lebih mengutamakan syarikat konsesi daripaa kepentingan rakyat. Sepatutnya kerajaan menjadikan syarakat-syarikat sebagai pelaksana projek dan membayar kos yang dibelanjakan dan mengambil alih pentadbiran dan perlaksanaan sejak dari peringkat awal atau menyerahkan kepada syarikat-syarikat yang dapat mengelak dari kenaikan tol melampau. Dengan cara ini syarikat-syarikat konsesi tidak menjadi `Along Lebuhraya` yang memeras rakyat dengan penilaian songsang dan kenaikan melampau. Sepatutnya semakin lama dibayar dan semakin banyak kenderaan di jalanraya semakin turun bayaran tol, tetapi dengan penilaian songsang bayaran menjadi semakin mahal. Padahal keuntungan dari ke tahun berlipat ganda. Contoh kos pembinaan semua lebuhraya termasuk Guthrie adalah RM4.13 bilion, tetapi kerajaan telah membayar pampasan hingga (2006) berjumlah RM4.86 bilion (Soalan Tentang Kenaikan Tol Lebuhraya, 2006), iaitu melebihi dari harga pembinaan lebuhraya. Sedangkan kutipan tol bagi kesemua 19 lebuhraya hingga akhir 2006 sebanyak RM23.65 bilion. Setakat ini tiada leburaya yang rugi. Paling tinggi pendapatan ialah PLUS sebanyak RM15.91 bilion dikuti Jambatan Pulau Pinang RM1.7 bilion dan Elite RM1.05 bilion. Selain daripadanya keuntungan antara RM990 juta ke RM 300 juta. Begitulah hebatnya keuntungan yang diperolehi (BH, 21 Mac 2007: 1). Wajarkah darah rakyat dibiarkan terus dihisap ?

Harta Negara/Rakyat Menjadi Milik Syarikat

Kita amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai Petronas. Syarikat ini mengusahakan petroleum dan gas dari perut bumi milik Negara/rakyat. Pengembangannya dilebarkan keluar negara. Sepatutnya syarikat bekerja untuk negara dan rakyat dan hanya menerima bayaran atas usaha dan pengembangan. Yang mengecewakan hasil bumi berkenaan seperti milik Petronas. Lantaran itu Petronas tidak terlepas dari tamak berlumba menaikkan harga petrol dan gas bagi pengguna di dalam negeri, kerana tidak mau melepaskan keuntungan hatta dari keluarga rakyat sendiri. Bagi setiap kenaikan rakyat diperingatkan 'Kadar kenaikan berpatutan dan harga di Malaysia masih termurah, kecuali Brunei, kerajaan hampir tak tertanggung membayar subsidi!', biarpun rakyat kelemasan dengan kenaikan yang mengakibatkan kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan.

Padahal dalam masa sama dengan kenaikan harga minyak dunia Petronas melonjak dengan keuntungan. Contoh bagi kunci kewangan berakhir 31 Mac 2007 Petronas mendapat untung sebanyak RM46.4 bilion mengatasi keuntungan Mac 2006 sebanyak RM 43.1 bilion (NST March 28, 2007: 4). Bagi tahun Mac 2005 keuntungan sebanyak 35.56 bilion (tertinggi sejak 30 tahun operasi sebelumnya) dan bagi Mac 2004 RM23.66 bilion (UM 1 Julai 2005: 21). Dengan keuntungan tahunan semakin meningkat sejak berpuluh tahun yang lepas (sejak 1970an), Petronas mengungkit ianya telah memberi subsidi kepada rakyat sejak sepuluh tahun lepas berjumlah lebih RM50 bilion (The Star, 28 October 2007: F25). Rakyat sebagai pemilik hasil negara wajar berkecil hati dengan ungkitan Petronas. Sebagai mereka yang berhak sama menikmati kekayaan negara ini jumlah tersebut adalah kecil bagi rakyat yang berhak. Sesungguhnya dari segi perkiraan jika dibahagikan keuntungan Petronas terkini, setiap rakyat berhak mendapat sejumlah RM2,000 setahun. Dengan kenaikan harga petrol di pasaran dunia rakyat tidak sepatutnya dilemaskan dengan kenaikan harga petrol dan gas, tetapi dari perhitungan songsang nampaknya semakin harga minyak naik dan keuntungan Petronas berganda rakyat makin tercekek dan terseksa! Dalam pada itu Petronas masih tidak puas dan bercadang menaikkan harga petrol pada awal 2008 berkemungkinan antara 30 – 60 sen lagi. Nampaknya makin menderitalah rakyat. Sesungguhnya kerapnya berlaku kenaikan harga petrol dan gas tidak pernah berlaku sekerap zaman pemerintahan negara di bawah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sejak Mei 2004 ke Disember 2007 sudah 5 kali berlaku kenaikan bermula Mei 2004 kenaikan sebanyak 2 sen (RM1.38 seliter), Oktober 2004 5 sen, Januari 2005 7 sen, 31 Julai 2005 10 sen dan 28 Februari 2006 30 sen menjadikan harga terkini seliter RM1.92.

Jana Kuasa dan Sumber Air

Api dan air adalah keperluan asasi bagi rakyat. Kedua-dua sumber ini perlu dikawal oleh negara untuk mengelak dari eksploitasi dan monopoli pihak swasta. Sebarang kenaikan kedua-dua unsur ini akan memberi kesan kepada kenaikan barang-barang. Setakat ini TNB merupakan perbadanan milik kerajaan, tetapi sudah ada pengeluar tenaga letrik swasta sperti TYL dan Bakun, begitu juga dengan air seperti Syabas dan sebagainya. Paling baik kedua sumber hendaklah dikendali negara dan dikawal ketat. Kepentingan rakyat lebih utama dari keuntungan melampau. Misalnya TNB turut berhasrat menaikkan tarifnya pada awal 2008 kerana minyak dan gas akan naik (UM, 20 Okt. 2007: 1), padahal bagi kunci kira-kira berakhir pada 31 Ogos 2007 TNB mendapat untung tertinggi 88% berjumlah RM4.06 bilion berbanding tahun sebelumnya hanya sebanyak RM2.16 bilion (The Star Biz, 26 Oct. 2007: 1). Keadaan yang sama berlaku kepada Syabas yang banyak menguasai kontrak pada peringkat nasional. Syabas berhasrat menaikkan tarif sebanyak 37% pada tahun hadapan. Di sebalik keuntungan lumayan yang dihasilkan. Syabas dapat untung dari pemotongan bekalan air dan sambung kembali (500,820 kes) sebanyak RM25.04 juta dalam tempoh tiga tahun (UM 10 Oktober 2007: 14).

Faktor Luaran

Memanglah diakui faktor luaran – dimaksudkan luar negara memberi kesan pada kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti kenaikan harga minyak yang kesannya bersifat global, kurangnya pengeluaran seperti gandum disebabkan kemarau dan bertambahnya populasi dunia. Misalnya walaupun pengeluaran makanan dunia tahun ini terbanyak iaitu 1.66 bilion ton melebihi 89 milion tan dari tahun lepas dan bertambah makmurnya penduduk seperti di Cina dan India yang mampu membayar lebih makanan (The Economist December 8, 2007: 81), dari satu pihak pula terdapat 36 negara dengan jumlah penduduk seramai 854 milion yang kekurangan makanan menyebabkan keperluan makanan masih tidak kecukupan (The Star October 21, 2007: N42). Bahan makanan yang sepatutnya untuk dimakan, tetapi bertukar fungsi kepada biofuel dan ethanol untuk bahan tenaga alternatif seperti hasil kelapa sawit, soya, jagung dan tebu. Ini menyebabkan harga makanan sedemikian meningkat tinggi. Termasuk inflasi akibat dari turunnya nilai dolar khususnya bagi negeri-negeri yang bergantung nilaian pada mata wang tersebut.

Buat Anjakan Kepada Amalan Bersih

Ialah dengan menyelesaikan masalah terutama perkara-perkara yang menyumbang kepada kenaikan barang dan perkhidmatan

Memiliki atau Menilai Kembali Perjanjian Lebih Adil

Bagi lebuhraya yang begitu amat menguntungkan dan lebih dari balik modal, kerajaan wajar memiliki dan membayar modal dengan mengambil kira pendapatan dan keuntungan yang telah diperolehi. Perjalanan dikendali oleh JKR atau dengan membuat perjanjian baru dengan syarikat berkenaan dengan kadar tol yang lebih murah dan lebih wajar. Dengan ini mengurangkan kesan pada kenaikan harga barang dan meringankan beban rakyat. Pengendalian oleh pihak kerajaan lebih wajar bagi TNB dan bekalan air untuk mengelak dari tumpuan untuk mendapat semaksimum keuntungan, walaupun mengabaikan kepentingan dan kemampuan rakyat.

Petroleum Atas Dasar Milik Negara/Rakyat

Kaedah yang mengurang harga petrol dan gas kepada rakyat hendaklah digunakan seperti pengurangan harga petrol dan gas secara langsung bagi kegunaan rakyat. Rakyat dalam negara tidak disamakan dengan manusia luar negara dan tidak sepatutnya sama terbeban dengan kenaikan harga bahan bakar pada peringkat global. Sebaliknya keuntungan hasil kenaikan harga pada peringkat global diguna bagi mengurangkan harga dalaman di samping melabur pada projek-projek menguntungkan rakyat. Ingat kekayaan yang ada di perut dan muka bumi Negara adalah milik negara dan rakyat, bukan milik atau diserahkan kepada syarikat. Yang bekerja pada hakikatnya ialah pekerja-pekerja bermajikankan negara dan rakyat! Sepatutnya tidak timbul istilah subsidi, kerana ianya milik negara dan rakyat. Mereka menggunakan hak mereka secara saksama dan membayar kerja-kerja pengurusan pada kadar minimum yang sebahagian boleh ditampung dengan keuntungan dari pasaran luaran.

Elakkan Pembaziran

Bagi mengurangkan kenaikan harga barang pemerintah hendaklah meneliti dan mengelak dari pembaziran seperti bayaran pampasan jambatan bengkok yang terpaksa dibatalkan berjumlah RM800 juta, penyelamatan syarikat dan bank yang tenat. Pembaziran juga berlaku pada Formula One dan Monsoon Cup. Pihak berkenaan perlu membentangkan kunci untung rugi perbelanjaan yang melibatkan harta rakyat. Jika ternyata rugi amalan yang membazir hendaklah dihentikan. Lakukan amalan Bersih.

Elak Dari Rasuah

Pada semua peringkat dari yang besar sebagaimana Laporan Audit Negara 2006 seperti pembelian barang-barang dengan harga di luar kebiasaan mahalnya di Institut Kemahiran Belia Negara (KBN), Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertahanan termasuk pembinaan 6 buah kapal PV yang harga asal hanya RM2.875 bilion tetapi meningkat kepada RM5.35 bilion (dua buah saja siap, tetapi lewat). Denda lewat RM214.01 juta tidak dituntut, tetapi peruntukan tambahan diperlukan lagi sebanyak RM2.214 bilion. Selain dari itu rasuah di dalam bidang perundangan, kepolisian dan sebagainya perlu dibasmi..

Melarang Agensi dan Badan Membuat Pengumuman Kenaikan Bayaran

Bagi mengelak berlakunya kenaikan harga barang dan perkhidmatan agensi atau badan hendaklah ditegah membuat pengumuman kenaikan harga secara bebas. Rujukan, penyelarasan dan kebenaran hendaklah dirujuk dan didapati dari`Badan Penyelarasan`

6. Membasmi pendatang haram dan pekerja asing kecuali yang amat perlu

Dengan pembasmian pendatang haram dan pekerja asing yang tidak penting memberi peluang lebih rakyat tempatan mendapat pekerjaan dan sumber rezeki lebih luas. Dengan tiadanya pendatang 2 juta peluang kerja dapat disediakan kepada rakyat (UM 17 Oktober 2007: 1) di samping dapat mengurangkan gejala sosial dan kehidupan rakyat lebih aman dan sejahtera.

Kempen Penjimatan Teratur dan Berterusan

Atur kempen penjimatan berterusan melalui kesedaran kepenggunaan (Persatuan Pengguna), berkoperasi dan memantau harga barang sebagai data maklumat rakyat.

Kesimpulan

Kenaikan harga barang dan inflasi mencengkam rakyat. Usaha hendaklah dilakukan bagi meringankan bebanan mereka. Jika gagal perubahan menyeluruh, termasuk menukar pemerintah sekarang perlu dilakukan. Sekian.

LAGI CERITA BANGANG YANG TAK HABIS-HABIS...........


Merlimau : Lagi kisah bangang yang tak berkesudahan yang seringkali nak diingatkan kepada pemimpin yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

Tidakah ini sudah menunjukkan kepimpinan UMNO/BN ini memang tak boleh diharap yang hanya bermegah dan dilihat gagah hanya dengan memperkudakan harta rakyat untuk keuntungan politik bangang UMNO/BN.

" Umno / BN kini dilihat amat terdesak sehinggakan bukan sahaja melakukan pilihanraya olok-olok tetapi sanggup menggunakan premis Awam untuk kegunaan kepentingan politik BN, ini jelas bahawa pemimpin UMNO/BN ini dah tak kenal mana satu milik Parti atau milik Awam, dek kerana terlalu lama berkuasa", ujar
Mejar (B) HJ Jasme Tompang yang merupakan Yang DiPertua Kawasan Jasin, merangkap Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Melaka.

Tindakan ini sebenarnya adalah manifestasi UMNO/BN yang turun temurun juga seluruh negara sememangnya korup, dimana setiap kali Pilihanraya diadakan dengan tanpa segan silu menggunakan seluruh Jentera Kerajaan (ingat jentera kerajaan adalah milik rakyat bukan milik parti) demi keuntungan politik bangang UMNO/BN.

KERUSI BUKIT BARU "PANAS" ?

Bukit Baru : Kerusi Bukit Baru sebelum ini dikatakan sebuah DUN selesa buat Ketua Menteri Melaka Ali Rustam namun kini ia menjadi "panas" dek dengan pelbagai isu yang gagal ditangani dengan baik oleh Pak Ali, maka memungkinkan Bukit Baru bakal ditukar ganti dengan DUN Bachang yang sebelum ini menjadi milik MCA.

Juga dikhabarkan berita bahawa Pak Ali si Ketua Menteri Melaka ini merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO /BN Melaka tidak berpuashati dengan pencapaian keputusan simulasi pilihanraya yang telah berlansung pada 23 december baru-baru ini, sehinggakan pak Ali mengarahkan simulasi ulangan buat Bukit Baru dibuat.

" SEMEMANGMYA RAKYAT MESTI TOLAK PEMIMPIN YANG TIDAK CERDIK SEPERTI ALI RUSTAM, INI KERANA BUKAN SAHAJA ORANG MELAYU SAHAJA DIPERGULAKAN NAMPAKNYA KINI KAUM TIONG HUA JUGA BAKAL MENJADI MANGSA POLITIK BANGAN MACAM ALI, SEWAKTU KETIKA DAHULU KAUM INDIA DICABARNYA DAN DIPERGULAKAN DALAM MAJLIS KAUM INDIA YANG DIHADIRI OLEHNYA. RAKYAT MELAKA FIKIRKANLAH!!!!!! JANGAN SAMPAI TANAH TUMPAH ANDA SENDIRI TERGADAI DEK TAMAK HALOBA PEMIMPIN UMNO INI."

"GEGAU MELAKA" : MELAKA BAKAL DIBANJIRI PEMIMPIN PAS .....Tuggu Kehadiran Mereka.!


"GEGAU MELAKA" : LAWAN TETAP LAWAN

Zaili Muhammad

MELAKA, 26 Dis - Umno diingatkan bahawa PAS akan tetap melawan penyelewengan dan penipuan dalam pilihan raya umum yang bakal diadakan walaupun selepas pilihan raya kelak.

Menurut Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS akan menyertai pilihan raya umum kali ini dan melawan penyelewengan atau penipuan Umno secara bersungguh-sungguh.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada hampir 1,000 petugas pilihan raya PAS Melaka pada program 'Gegau Melaka' di Telok Mas, di sini, baru-baru ini yang dianjurkan oleh Jabatan Pilihan Raya Negeri Melaka.

"Kita masuk PRU lawan penyelewengan, kita akan lawan penipuan, Umno siap kita akan lawan sampai lepas pilihan raya.

"Dalam keadaan ini kita tegas menjulang demokrasi dan dalam masa sama kita mengajak rakyat bersama menentang penipuan seperti Himpunan Bersih baru-baru ini PAS telah berjaya mengumpulkan rakyat ratusan ribu ini menakutkan Barisan Nasional," kata beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa PAS akan pertahankan Kelantan, mengambil kembali Terengganu, tawan Perlis, tawan Kedah dan kalau boleh mahu menawan Melaka kerana di seluruh dunia hari ini sudah berani buat perubahan.

Di samping itu, beliau mengajak semua kaum bergerak bersama-sama menentang kezaliman melalui demokrasi dan PAS bersedia memimpin perubahan ini serta mengajak semua kaum dalam negara untuk melakukan perubahan.

"Kita minta rakan-rakan dalam polis atau dalam tentera, dalam Islam taat ada batasnya dan jangan melampaui batasnya, semua kena zalim kita kena bersatu membuat perubahan dan Islam meletakkan perjuangan menentang kezaliman ialah jihad fisabilillah," ujar beliau. -

Monday, December 24, 2007

PEMBANGUNAN NEGERI DENGAN HASIL 'MINTA SEDEKAH'

BANDARAYA MELAKA : Melaka dilaporkan memohon peruntukan bernilai RM14 bilion bagi projek pembangunan dan infrastruktur melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk kajian semula.Fakta jelas menunjukkan bahawa Melaka tidak dapat berdikari kerana setiap tahun terpaksa memohon jasabaik kerajaan Pusat untuk membuat pembangunan.

Tidak hairanlah hutang kerajaan Melaka kepada kerajaan Pusat melambung sehingga RM1.08 bilion pada tahun 2006 sebagaimana laporan Ketua Audit Negara 2006.Adalah dijangka hutang Kerajaan Negeri Melaka akan meningkat dengan lebih banyak pada tahun 2007 ini.

KALAU MACAM CARA MEMERINTAH SIAPA PUN BOLEH JADI KETUA MENTERI, TAK ADA MINTA SEDEKAH DENGAN KERAJAAN PUSAT.

Sunday, December 23, 2007

BN SEMAIKAN BUDAYA 'YES MAN' DI KALANGAN PENGIKUTNYA

Dalam BN semua pemimpin bawahan dan ahli parti mesti menjadi 'Yes Man' tidak boleh mengkritik pemimpin atau parti walaupun parti atau pemimpin mereka jelas melakukan kesalahan.Bagi BN dan pemimpinnya mereka semua adalah 'maksum' tidak pernah melakukan kesalahan.Itulah yang terjadi kepada Naib Ketua Pemuda Gerakan, S.Paranjothy yang mungkin akan dikenakan tindakan keras kerana mengkritik kepimpinan negara dan BN.

Baru-baru ini, S.Paranjothy mengeluarkan kenyataan yang telah disiarkan dalam Internet mendakwa UMNO merupakan salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini.Beliau menyatakan pemimpin UMNO gemar menjadikan parti komponen BN sasaran serta menjadikannya batu loncatan untuk mengekalkan populariti UMNO dalam kalangan masyarakat Melayu.

Berikutan dengan tindakan Paranjothy itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendesak Tsu Koon segera memberi penjelasan berhubung kenyataan Paranjothy itu. Dalam nada keras, Hishammuddin berkata, kalau penjelasan tersebut gagal diberi atau tidak memuaskan, tidak mustahil Pemuda UMNO serta BN akan memutuskan hubungan dengan parti Gerakan.

Akhirnya media hari ini melaporkan bahawa Parti Gerakan telah memulakan tindakan tatatertib terhadap S. Paranjothy kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat majmuk di negara ini.Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, tindakan tersebut juga diambil kerana perbuatan Paranjothy didapati membelakangkan semangat Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk siasatan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CCC) bagi tindakan selanjutnya.“Kami memandang serius perbuatannya mengkritik pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan mengeluarkan kata-kata keras untuk menyerang parti komponen BN secara terbuka.“Ia perbuatan yang kasar dan amat tidak wajar,” kata Tsu Koon pada sidang akhbar di pejabat parti Gerakan di Pulau Pinang semalam.

BN JALANKAN PILIHANRAYA OLOK-OLOK

BANDARAYA MELAKA: Seramai 36,838 orang Ketua (K-10) Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka telah pergi menemui 368,378 pengundi dalam Pilihan Raya Percubaan yang dijalankan oleh BN di seluruh negeri Melaka semalam.

Difahamkan mereka berkumpul di 206 bilik gerakan peti undi seluruh Negeri Melaka pada jam 8 pagi tadi dan bergerak menemui para pengundi di bawah seliaan mereka secara serentak.

K-10 atau Ketua 10 adalah jentera yang digunapakai oleh Umno dan BN di mana seorang seorang petugas Umno/BN akan menjaga 10 orang pengundi dengan memastikan kesemua 10 pengundi di bawah seliaan masing-masing turun mengundi dan semestinya mengundi BN.

Sunday, December 16, 2007

BEBASKAN RAKYAT DARI CENGKAMAN UMNO BN

Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman berkatara, Melaka mesti dibebaskan dari cengkaman Umno BN yang merosakkan rakyat dan negeri.

"Rakyat mesti tukar kerajaan yang ada pada hari ini dengan kerajaan bersih, adil dan telus serta kuat"."Kita tidak mahu rakyat negeri ini terus diperintah di bawah kerajaan yang rasuah, zalim dan lemah" kata Ustaz Ghani.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada program Himpunan Jentera Pilihanraya PAS "GEGAU" Melaka di sini semalam."Pemimpin Umno hari ini kaya raya, rakyat miskin dan menderita. Selain itu rakyat sering diugut dengan bermacam-macam ugutan jika tidak menyokong Umno".

Babi di Paya Mengkuang sudah 50 tahun dibiarkan, baru sekarang kerajaan terhegeh-hegeh mengambil tindakan, mengapa sebelum ini ianya dibiarkan"tanya Ustaz Ghani.

Ketika menyampaikan ucapannya, beliau membayangkan bahawa PAS Melaka akan membuat kejutan dengan memenangi beberapa kerusi pada Pilihanraya kali ini berdasarkan perkembangan semasa di mana kecenderungan pengundi Cina dan India untuk menyokong pembangkang.

Beliau menggesa seluruh jentera PAS di segenap peringkat supaya melipatgandakan usaha menyedarkan rakyat bagi memastikan BN akan ditumbangkan pada pilihanraya akan datang.

Thursday, December 13, 2007

BEBASKAN PEMIMPIN HINDRAF DAN ADILI MEREKA DI MAHKAMAH

PAS Melaka amat kesal di atas tindakan Kerajaan Islam Hadhari terus menzalimi rakyat dengan menahan 5 orang pemimpin Hindraf menggunakan akta rimba, ISA. Mengapa ISA digunakan sedangkan terdapat undang-undang lain yang boleh mendakwa mereka seperti akta hasutan dan sebagainya.

Kelima-lima yang ditahan ialah P.Uthayakumar, M.Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar. Penahanan mereka menggunakan ISA merupakan suatu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Seperti yang semua sedia maklum ISA merupakan akta zalim yang menahan mangsa tanpa dibicarakan. Tahanan boleh terus dihukum maksimum penjara 2 tahun tanpa dibenar membela diri.

PAS Melaka membantah sekeras-kerasnya penahanan kelima-lima pemimpin Hindraf ini. Kami mendesak agar mereka dibebaskan serta merta. Jika mereka ini bersalah sila bawa dan hadapkan mereka ke mahkamah. Berikan peluang untuk mereka membela diri.

Sesungguhnya undang-undang Islam memberikan seluas-luasnya peluang untuk orang yang dituduh membela diri. Mereka tidak akan disabitkan kesalahan selagi tidak dibuktikan di Mahkamah.

Selagi lagi PAS Melaka mendesak kerajaan Islam Hadhari supaya membebaskan semua pemimpin Hindraf ini serta tahanan-tahanan ISA yang lain dan sila bawa kes mereka ke mahkamah.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka

Wednesday, December 12, 2007

JAIM : SILA BERI PERHATIAN !


Oleh : Tengku Kudin

MELAKA, 13 Dis (Penjana) - Penduduk setempat mendesak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bertindak segera memusnahkan sebuah tokong dinamakan 'Datuk Putih Tua' di hujung Jalan PJ 16, Taman Pertam Jaya, Padang Temu, dekat sini, kerana menghina dan mempersendakan agama Islam.
Patung dalam tokong itu dipakaikan kopiah putih, berbaju Melayu, berkain pelikat, tangan kanan memegang keris dan tangan kiri pula memegang tasbih seperti seorang pak haji sedang berwirid.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit juga mendesak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) supaya mengambil tindakan segera dengan memeriksa status pembinaan tokong berkenaan yang dipercayai dibina di atas tanah rizab MBMB sejak tiga tahun lalu.
Menurut Setiausaha Penerangan PAS Melaka, Ustaz Khairul Che Salleh, bahawa patung dalam tokong itu secara tidak langsung menggambarkan satu persendaan terhadap masyarakat Islam hasil daripada pelaksanaan Islam Hadhari.
"Kesan daripada terjemahan Islam yang liberal (Islam Hadhari) oleh kerajaan Umno maka aqidah umat Islam mudah dipersendakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Persoalan hari ini, apakah pihak berkuasa tidak berusaha untuk menyiasat siapa yang punya angkara," kata beliau.
Katanya, kewujudan tokong berkenaan dan cara patung yang dipakaikan kopiah sambil memegang tasbih menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Islam setempat, malah mencemarkan pemandangan di kawasan itu.
Pada dinding tokong tersebut juga terdapat tulisan 'Datuk Putih Tua' ditulis dengan huruf jawi yang jelas mempersendakan Islam, sebatang tongkat, sebilah keris yang bersarung, buah limau dan sekampit beras.

SINGKIRKAN KERAJAAN "JAKUN" , MAT SABU

NIBUNG TEBAL, 12 Dis (Hrkh) - "Jangan biarkan kerajaan 'jakun' terus bermaharajalela sebaliknya bina kerajaan bertamadun yang boleh menjamin perlembagaan," tegas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu sejurus meninggalkan pintu utama perkarangan Mahkamah Majistret Jawi, Nibung Tebal pagi tadi.

ImageBeliau sempat memberikan ucapan hampir 10 minit kepada hadirin yang menunggu kerana kesalahan di bawah 186 Seksyen 34 mengganggu penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Jelasnya, menjadi tanggungjawab rakyat untuk menegakkan kerajaan yang benar-benar adil, saksama dan menghargai suara rakyat.

Kerajaan yang telus katanya, amat penting diwujudkan segera untuk menganti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap tidak bertamadun dengan era perkembangan politik dunia hari ini.

Image"Apakah salah kita berhimpun untuk menyuarakan pandangan yang baik. Itu teguran kita tetapi memandangkan kerajaan yang ada tidak mahu mengaku kesalahan mereka buat tindakan yang boleh merosakkan identiti negara demokrasi," ujarnya.

Seterusnya Haji Mohamad yang juga dituduh menyertai perhimpunan haram di Mahkamah Jalan Duta semalam menyeru rakyat agar bangun memberi tentangan kepada kerajaan BN kerana tidak lagi menghormati perlembagaan yang membolehkan perhimpunan aman.

Kepimpinan Umno dan BN sambungnya, terus memperkudakan pasukan polis bila terasa bahang kebangkitan rakyat terutamanya menjelang tarikh pilihan raya umum ke-12.

PAS bersama Barisan Alternatif (BA) akan berjuang untuk mempastikan demokrasi di negara ini terjamin adil, telus dan dihormati di mata dunia bukan seperti hari ini sudah tercalar dan rosak.

"Kerja kita bukan setakat menang pilihanraya malahan mempastikan perhimpunan aman yang diharamkan selama ini dihalalkan," katanya.

ImageTurut memberi sokongan padu terhadap beliau pagi tadi ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man; Setiausaha Perhubungan, Fadhil Kemi; Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Ketua Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Mohd Amin; Setiausaha PAS Kuala Kedah, Nasir Mustaffa dan Ahli Jawatankuasa PAS Kedah, Haji Adnan Saad; Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS pusat Ustaz Dr.Mujahid.

Beliau dibebaskan jam 11.40 pagi tadi oleh Mahkamah Majistrit Jawi, Mohd Izham Ali dan disaksikan oleh pendakwaraya, Zalina Haji Awang di samping enam peguam tertuduh Asmuni Alwi, Darshan Singh, Mohamad Afif Abdullah, Abdul Halim Mohd Noor, Aqbal Shifudin Adnan Sallehudin dan Yusnita Mohd Yusuf.

Beliau akan dibicarakan bersama sembilan pesalah yang sama iaitu Fauzi Saharat, Mohd Saleh, Mohd Lazim Osman, Abdul Rahim Mohd Arif, Zairul Azrun Zainal Abidin, Mohd Subri Mohd Said, Abdul Razak Ramli, Mohd Biyamin Ishak dan Zamarul Aini Abdul Malek pada 13 Februari 2008 di Mahkamah Majestrit Jawi jam 9.00 pagi. - mks.

Tuesday, December 11, 2007

AYUH KITA GEGARKAN MELAKA !!!!

MAHAR SEBUAH PERJUANGAN : PREVIEW PEMBEBASAN 15 PIMPINAN & AKTIVIS BERSIH

Oleh pemudawilayah / "Oleh Herman Samsudeen

 Kuala Lumpur : Kesemua 15 orang pimpinan dan aktivis BERSIH yang ditahan semalam telah dibebaskan pada pukul 10 malam tadi dengan jaminan mulut. Mereka yang dibebaskan adalah;

    1. Dr. Hatta Ramli (Bendahari PAS)
    2. Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS)
    3. Dr. Lo’ Lo’ Ghazali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
    4. Ustaz Nasruddin Tantawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS)
    5. Tian Chua (Ketua Penerangan PKR)
    6. Ang Hiok Gai (Ahli MPT KeADILan)
    7. Dr Nasir Hashim(Pengerusi Protem Parti Sosialis Malaysia)
    8. S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM)
    9. A. Sivarajan (Ahli Jawatankuasa Pusat Protem Parti Sosialis Malaysia)
    10. Abdul Razak Ismail(Koordinator Informasi, Labour Resource Centre)
    11. Azira Ariffin (Aktivis)
    12. Hashim Awang (Aktivis)
    13. Mohd Sabri Shafie (Aktivis)
    14. Mohd Badilah Muda (Aktivis)
    15. Norazimah Mohd Nor (Aktivis)
Kesemua mereka diminta untuk menghadirkan diri pada pukul 9 pagi, 18 Disember ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tuduhan menyertai perhimpunan aman.

Sebelum itu, seramai 9 orang telah dibebaskan terlebih dahulu tanpa sebarang pendakwaan iaitu;
  1. Dato’ Mustafa Ali (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat)
  2. Dr Dzulkifli Ahmad (Ketua Pusat Penyelidikan PAS)
  3. Tan Sri Khalid Ibrahim (Setiausaha Agung PKR)
  4. Yap Swee Seng (Pengarah Eksekutif Suaram )
  5. Wong Chin Huat (WAMI)
  6. Mokhtar Rozaidi (Pengurus Iklan Harakah)
  7. Mien Lor (KOMAS)
  8. V. Gayathry (CIJ)
  9. Abdul Muhaimin Roslan (Remaja 13 Tahun)
Semasa penahanan, mereka turut diminta menandatangani surat penafian hak peguam untuk membela mereka tanpa kebenaran Polis. Ust Nasarudin berkata;


“Pihak polis telah menerangkan hak-hak mereka termasuklah untuk berdiam diri atau mendapatkan khidmat peguam. Walaubagaimana pun pihak polis mendakwa bahawa mereka mempunyai ‘kuasa tersendiri’ untuk mengabaikan hak tersebut termasuklah tidak membenarkan khidmat peguam digunakan semasa keterangan mereka diambil”

Ust. Nuridah pula menyatakan bahawa pada pukul 6 petang semalam, tahanan wanita telah dibawa ke Lokap Jalan Travers manakala tahanan lelaki dibawa ke Lokap Jalan Pudu. Walaubagaimana pun, tiba-tiba sahaja pegawai pengiring mereka menerima arahan untuk membawa mereka kembali ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah. Nampaknya pihak Polis pun keliru dan tidak tahu apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Sebelum itu, pada kira-kira pukul 2 petang Tian Chua telah di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah lanjutan penahanan. Walaubagaimana pun, disebabkan kegagalan pihak Polis mengemukakan dokumen pertuduhan yang lengkap, Tian Chua dibawa pulang ke IPK Jalan Hang Tuah. Pihak polis mengakui bahawa mereka memang tergesa-gesa pada ketika itu kerana menerima desakan yang hebat dari ‘atas’.

Selepas dibebaskan, Tian Chua telah membuat satu aduan berhubung kenderaan milik Saudara Abdul Razak Ismail (Koordinator Informasi, Labour Resource Centre) yang terbakar ketika ditunda oleh Polis dari tempat penangkapan di hadapan Parlimen. Pihak polis mendakwa bahawa kereta tersebut telah terbakar dengan sendirinya dan tidak ada kena mengena dengan mereka.

Walaubagaimana pun, Tian Chua mendakwa bahawa kereta tersebut sengaja dibakar oleh pihak Polis. Tiada sebab kereta itu boleh terbakar dengan sendirinya, sedangkan tiada siapa yang menghidupkan enjin kenderaan itu selepas beliau dan razak ditahan.

Selain itu, Norazimah Mohd Nor pula mendakwa bahawa pihak polis telah ‘menahan’ handphone beliau untuk siasatan lanjut. Walaupun telah diminta untuk dipulangkan, namun pihak polis enggan bekerjasama. Mereka meminta Nora menyediakan penjamin jika mahu ’membebaskan’ handphone tersebut.

Tidak cukup dengan itu, sebuah kamera digital dan notebook turut diambil dan enggan dipulangkan oleh pihak polis. Pihak polis hanya berjanji akan memulangkan ke semua barang yang ‘diambil’ itu selepas siasatan selesai.

Dalam perkembangan terakhir, pimpinan dan aktivis BERSIH yang ditahan ini mengutuk sikap bacul Perdana Menteri yang mempergunakan ratusan anggota Polis bagi menghadapi menghadapi mereka pada hari semalam. Kehadiran mereka di Parlimen adalah secara aman dan jumlah yang hadir tidak sampai 30 orang. Mereka disambut oleh ratusan anggota Polis yang berkubu dihadapan Parlimen.

Pada waktu ini, mereka juga meminta agar ahli dan penyokong gabungan BERSIH tidak gentar dengan segala apa yang telah terjadi dan meneruskan agenda perjuangan yang telah didokong secara bersama sebelum ini.

DETIK-DETIK PERJUANGAN RAKYAT YANG BELUM SELESAI

12/12/07: (Hrkh) Bersih akhirnya berjaya mengadakan sidang media di pekarangan lobi parlimen pada jam 11.40 pagi tadi (11 Disember 2007) dan serentak dengan itu menyerahkan memo Bersih kepada ahli-ahli parlimen pembangkang untuk disampaikan kepada ahli parlimen yang lain.

Berikut dipaparkan sebahagian dari detik-detik ketika majlis berlangsung. Klik pada gambar-gambar berikut untuk melihat dengan lebih jelas.

JUDI DI MALAYSIA DISEBAR DALAM PELBAGAI CARA

Nampaknya Malaysia terus menjadi syurga perjudian. Tidak cukup dengan lesen perjudian yang diluluskan oleh kerajaan Islam Hadhari yang menyebab kedai judi tumbuh macam cendawan, kini kegiatan judi disebarkan melalui sms.

Kami mendapat aduan seorang pengunjung yang menghantar email bantahan kepada Suruhanjaya Komunikasi ..(SKMM) dan Celcom.

Ikuti email bantahan beliau di bawah ini :-

Tuan-tuan / Puan-puan Yang Dihormati,

PER : ADUAN TENTANG SMS YANG DITERIMA

Saya, Norizan Bin Md Nor (Nombor Talifon 013 - 420 9289) dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Pada 12-12-2007, Jam 03:48:04; saya telah menerima satu SMS. Maklumat SMS tersebut seperti berikut : Nombor Pengirim : +60136779999 (Talian Celcom (?)) Kandungan : "I baru kena 4D RM30,000 (4234)! So happy. I dapat tips tepat dari SMS TIPS. Mesti cuba, belum cuba belum tau. Cepat2 hantar ON WANG ke 33112 utk menanglah"Sender : +60136779999 Sent : 03:48:04 12-12-2007

3. Seumur hidup saya sepanjang 32 tahun, tidak pernah saya bermain Nombor Ekor. Saya tidak tahu bagaimana 'malaun' ini aktif menghantar SMS kepada orang seperti saya (dan saya percaya mungkin ramai lagi rakyat Malaysia menerima SMS demikian rupa) tanpa kawalan sewajarnya daripada pihak Celcom dan SKMM sendiri.

4. Untuk makluman pihak tuan-tuan / puan-puan, sebelum ini saya sudah membuat laporan berkaitan ON BOLA, ON LAWAK (Raja Lawak) dan saya masih menyimpan maklum balas pihak SKMM dan Celcom yang menghubungi saya dan memaklum untuk memantau dan mengatasi masalah ini daripada berulang.

5. Justeru itu, saya memohon jasa baik pihak SKMM dan Celcom supaya satu tindakan DRASTIK perlu diambil dengan lebih tegas. Kemungkinan dalang dan pihak yang terlibat demikian rupa ini dibawa ke muka pengadilan dengan kadar segera.

6. Hukuman yang tegas AMAT WAJAR sekali dikenakan kepada mereka apatahlagi menggalakkan rakyat Malaysia berjudi yang SAH HARAM di sisi Agama. Mungkin jika boleh pihak SKMM/Celcom mendakwa mereka di mahkamah tanpa membenarkan IKAT JAMIN atas apa juga akta. Jika tiada, mungkin pihak SKMM/Celcom dapat memohon agar Menteri dengan kadar segera mengemukakan Perubahan Akta di Parlimen untuk diluluskan.

Akhir kata, semoga tindakan pantas pihak SKMM dan Celcom dapat terus menyelamatkan AQIDAH rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam daripada terjerumus ke kancah perjudian. Malah tindakan Celcom menaja Rancangan Deal Or Not Deal (walaupun berbahasa Mandarin) adalah juga merupakan salah satu bentuk perjudian.

Sekian, Terima Kasih.

Norizan Bin Md Nor
013 - 420 9289

PASTIKAN SEMUA AHLI DAN PENYOKONG PAS HADIR HIMPUNAN 'GEGAU' MELAKA 16 DIS

Seluruh ahli dan penyokong PAS Negeri Melaka diharapkan dapat menghadirkan diri pada Himpunan Gegau Melaka pada 16 Disember ini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Balai Islam Telok Mas.

Himpunan anjuran Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) Melaka ini akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Antara lain Himpunan 'Gegau' ini bertujuan untuk menyuntik semangat juang para petugas pilihanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Pengarah JPN Melaka, Mejar(B) Jasme Tompang, setiap kawasan di minta menghantar sekurang-kurangnya 200 orang peserta di kalangan semua peringkat parti samada pemuda, muslimat atau ahli-ahli biasa.

"Kita akan himpunkan seluruh jentera di peringkat akar umbi bagi memastikan semua petugas bersiap sedia dan sentiasa peka dengan arahan pimpinan".

"Insya Allah himpunan ini akan menaikkan semangat kita semua dan kita akan 'gegau' Melaka dengan gerakerja yang tersusun, berdisiplin dan terancang" tegas Jasme dengan semangat.

Jasme juga berkata nama 'gegau' dipilih sebagai tema adalah kerana ianya bermaksud gegar yakni PAS Melaka ingin mengegarkan BN Melaka di samping ingin menggegarkan ahli dan penyokong PAS agar bangkit dengan semangat untuk menentang BN dalam pilihanraya kana datang.

Difahamkan himpunan ini julung kali di adakan selepas Pilihanraya Umum 2004.

SAH MALAYSIA NEGARA POLIS

Penahanan beramai-ramai pemimpin pembangkang dan aktivis NGO di Parlimen semalam membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Polis. Penahanan secara borong tanpa alasan yang kukuh di tempat di mana demokrasi subur iaitu di Parlimen mengesahkan bahawa kerajaan BN hari ini adalah sebuah kerajaan drakonian yang tidak langsung mengendahkan sistem demokrasi yang mereka sendiri laung-laungkan.

Polis yang menjadi 'barua' kerajaan BN menangkap sesiapa sahaja yang mereka suka hatta jurukamera yang bertugas pun mereka tangkap. Ini berlaku keatas jurukamera TVPAS.com baru-baru ini ketika peristiwa penangkapan Naib Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu.

PAS Melaka mengutuk sekeras-kerasnya dan kesal tindakan mutakhir kerajaan yang menahan beberapa pimpinan kami serta pimpinan lain yang mahu menghantar memorandum Bersih kepada ahli-ahli parlimen semalam.

Kesucian parlimen sebagai lambang demokrasi di sebuah negara seperti Malaysia dinodai dengan peristiwa penangkapan Dato' Mustafa Ali di pintu masuk bangunan Parlimen.Parlimen adalah lambang demokrasi dan mereka yang datang itu pula bukan untuk berhimpun. Mereka datang sebagai rakyat untuk pergi ke parlimen dan secara kebetulan pula semalam berlangsung perbahasan berkaitan pemanjangan tempoh perkhidmatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 kepada 66 tahun.

Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Badawi sebenarnya sekarang telah hilang pertimbangan akibat penentangan rakyat secara terang-terangan terhadap isu kehakiman yang hancur; kenaikan harga barang; sistem pilihanraya yang kotor dan tidak telus dan lain-lain isu.

PAS Melaka menuntut kerajaan Malaysia membersihkan nama negara yang terjejas teruk di mata dunia dengan membebaskan semua tahanan tersebut dengan tidak mendakwa mereka di mana-mana mahkamah.

Jika sekiranya tahanan di dakwa mana-mana mahkamah selepas ini maka sahlah negara kita adalah negara Polis yang rakus.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

UPDATE : POLIS SUDAH BUTA.......... PENJILAT UMNO

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Seorang kanak-kanak, Muhaimin Roslan, 13, yang turut ditangkap pihak polis di pintu masuk ke perkarangan bangunan Parlimen pagi tadi merupakan satu-satunya individu yang telah dibebaskan.

ImageBeliau yang dilepaskan pada jam 2 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur disambut bapanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub bergegas dari bangunan Parlimen menuju ke IPPKKL bagi memantau kejadian yang berlaku.

"Cukuplah dengan apa yang berlaku hari ini. Kita (Bersih) telah berjaya membuktikan kepada polis bahawa kita tidak melakukan sebarang kerosakan awam semasa menganjurkan perhimpunan," katanya kepada para wartawan dan sekumpulan orang ramai yang berhimpun di hadapan IPPKKL.

ImageSalahudin berkata beliau akan mengambil tanggungjawab untuk memastikan orang kena tahan (OKT) pada hari ini dibela dan diberikan hak mereka mengikut undang-undang.

"Kita telah berjaya menghantar memorandum kepada ahli-ahli Parlimen sebentar tadi, dan saya akan memikul tanggungjawab ini untuk memastikan mereka yang ditahan pada hari ini mendapat hak pembelaan," ujarnya sambil disambut dengan laungan takbir orang ramai.

Beliau melahirkan kekesalan dengan tragedi penangkapan pada hari ini serta tidak pasti akan dakwaan yang akan dikenakan ke atas mereka yang ditahan.

"Saya tidak faham kenapa mereka ditahan, kerana mereka tidak berhimpun. ImageThis is too much!" ujarnya dengan nada tegas dan sedih atas penangkapan pemimpin NGO dalam kawasan pagar Parlimen.

Salahudin berkata demikian setelah Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik Negeri, ACP Kumaran mengeluarkan arahan bersurai kepada mereka yang hadir.

"Saya bagi masa lima minit untuk semua bersurai, selepas itu kami akan tangkap," katanya disokong oleh PTD 7 IPK, DSP Rozan yang mengadakan perbincangan dengan beberapa orang penyokong di hadapan pintu masuk IPPKKL.

Seorang aktivis reformasi, Norazimah atau lebih dikenali sebagai Nora, turut ditangkap tanpa sebarang sebab oleh pegawai-pegawai polis yang berkawal di perkarangan IPPKKL.

Kira-kira 100 penyokong Bersih berkumpul di hadapan IPPKKL termasuk ahli keluarga tahanan untuk memberikan sokongan kepada mereka yang ditahan.

Turut kelihatan beberapa aktivis Bersih, Syed Ibrahim Noh, AJK PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood, Timbalan Ketua Muslimat PAS, Wan Hasrina Wan Hassan, Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah, Ketua Wanita KeADILan, Zuraidah Kamarudin, serta penyokong Bersih yang kelihatan berpakaian kuning.

UPDATE : DARIHAL KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh mengutuk keras tindakan polis yang membuat tangkapan rambang terhadap pimpinan PAS dan KeADILan serta aktivis lain ketika cuba menghantar memorandum bantahan di Parlimen.

Beliau ditahan polis ketika meninjau laluan ke kawasan Parlimen, memandangkan semua jalan utama menuju ke bangunan berkenaan telah dikepung polis. Image

Menurut Nuridah, tangkapan rambang itu mengesahkan bahawa Malaysia sebuah Negara Polis dan ternyata demokrasi negara sudah pincang.

Bagaimanapun, katanya, rakyat tidak takut dengan tangkapan rambang itu sebaliknya mereka akan terus bangkit memperjuangkan hak kebebasan.

"Sungguh memalukan kita hanya hendak menghantar memorandum kepada PM, tetapi polis telah membuat sekatan dengan menggunakan pagar besi serta ratusan polis," katanya.

Ketika dihubungi Harakahdaily beliau berada di Ibu Pejabat Polis (IPK), sedang menunggu tindakan selanjutaya daripada pihak polis.

Katanya, polis perlu berfikir sebelum membuat tangkapan rambang dan tindakan perlu secara rasional, jangan hanya ikut arahan pimpinan Umno.

"Saya pelik dengan tangkapan kali ini yang melibatkan beberapa pimpinan utama PAS dan KeADILan," tegasnya.

Beliau turut terkilan dengan tindakan polis yang menahan anak Timbalan Muslimat PAS Pahang, Muhaimin Roslan, 13 tahun.

Nuridah memberitahu Muhaimin disoal siasat oleh polis yang bertanya mengapa dia memakai baju kuning.

"Mereka juga menggertak Muhaimin dengan berkata jika PAS dan KeADILan memerintah 'susah hendak cari makan'," katanya.

Katanya, tindakan 'membabi buta' polis ketika membuat tangkapan membuktikan pasukan keselamatan tidak cekap dalam menjalankan tugas. - lanh

UPDATE : SUARA ANAK SEOARANG PEJUANG TULEN

TASEK GELUGOR, 11 Dis (Hrkh) - "Kami tidak rela ayah kami digari macam penjenayah. Polis pula bertindak kasar macam samseng ketika memecahkan cermin kereta. Itukah etika kepolisan bila berhadapan dengan tangkapan begini,"itulah antara kata-kata anak Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, Nurul Huda dan adiknya Ahmad Ali Hidayati.

Ketika kejadian mereka berada di dalam kereta bersama Mohamad dan sempat melihat gelagat polis.

Image"Semasa sebuah kereta peronda polis secara tiba-tiba memintas dan menghalang perjalanan kami perasaan geram terus membuak-buak kerana perjanjian antara rombongan ayah, peguam dan polis di Tambun tidak lagi dihormati untuk menghantar keluarga ke rumah di Guar Petai, Tasek Gelugor.

"Tiba-tiba beberapa orang polis datang ingin membuka pintu tapi gagal kerana pintu dikunci. Waktu itu kelihatan pasukan Unit Amal menggelilingi kereta tetapi setengah jam kemudian mereka pula dihalau oleh Polis Simpadan Persekutuan (FRU). Mereka hanya memerhati dari jauh sahaja.

"Waktu itulah polis mengambil cota dari FRU memukul cermin tetapi tidak pecah. Beliau mengambil pemutar tayar juga gagal dan kemudian mengambil penukul yang dipegang oleh salah seorang polis barulah pecah dan mengheret keluar ayah dan pemandunya, Fauzi Saharat,"jelas Nurul Huda kepada Harakahdaily pagi tadi.

Tambahnya,"saya lihat polis mengeluarkan kata-kata kesat sambil bertindak luar batasan dan bila pintu berjaya dibuka saya melihat ayah di gari tangan ke belakang kerana melawan. Padahal, kami tidak pun melawan cuma mahukan janji dari polis Perak dikotakan," terangnya.

ImageMenurut beliau lagi, sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telinga kata-kata Ketua Operasi hari itu kononnya janji polis Perak terbatal kerana mereka kini berada di Pulau Pinang.

"Selepas mengeluarkan ayah," katanya, "polis terus membawanya dengan kereta peronda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nibung Tebal di Jawi."

Sementara itu, Ahmad Ali Hayati juga melahirkan rasa kesal kerana pihak polis cuba berkasar dengan mereka tetapi bersyukur kerana Pak Cik Nasir Mustaffa cepat datang mendapatkan mereka.

"Pihak polis lihat kami mungkin rasa terkejut apabila Pak Cik Nasir tiba-tiba muncul mendapatkan kami. Jika terlambat mungkin kami juga diheret dalam operasi itu, " katanya. - mks.

TAK JADI DAKWA ?

 Tian Chua yang ditangkap untuk kali kedua selepas di lepaskan semalam, di bawa ke mahkamah Jalan Duta pukul 2.00 petang tadi, sekarang ini dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur (IPK KL) tanpa sebarang pendakwaan.

Menurut maklumat yang diperolehi ada keraguan dikalangan pendakwa kerajaan (Barua UMNO..)
..
Allah telah menyebut, jika kita sakit sesungguhnya mereka juga sakit...
Tapi kita ada janji yang pasti Allah berikan..

Malulah kepada Tian Chua yang bukan Islam tidak terikat dengan janji Allah!!!

16 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG KELUAR DEWAN

a16 orang ahli parlimen yang terdiri dari pembangkang telah keluar dari persidangan dewan hari ini kerana memprotes penangkapan 24 orag peserta Bersih yang ingin menyerahkan memorandum kepada Speaker Dewan Rakyat pagi tadi.

Keenambelas ahli parlimen tersebut, terdiri dari anggota parlimen DAP dan PAS yang hadir, keluar dewan pada 3.55 petang di hadapan Timbalan Perdana Meneri Dato Seri Najib Abdul Razak. Perdana Meneri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadualkan menggulung perbhaan pada pukul 4 ptg.

Wakil tunggal PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail was tidak hadir di Dwan ketika itu.


Tindakan memboikot berlaku sebaik sahaja M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) habis membahaskan pindaan rang undang-undang untuk perlanjutan umur persaraan ahli Suruhanjaya Pilihanraya dari 65 ke 66 tahun, satu pindan yang telah menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak. Ahli Parlimen tersebut telah membantah pindaan tersebut dan mengutuk penangkapan yang dilakukan oleh polis hari ini.


“Kami merasakan tidak ada makna untuk berbahas lanjut terhadap rang undang-undang apabila penangkapan yang berlaku sebenarnya telah menyekat kebebasan kami untuk bersuara d dalam dan di luar Parlimen.


“Kita yang meranka undang-undang di dalam Parlimen dan Parlimen merupakan badan perundangan yang tertinggi. Bagaimana pihak polis boleh masuk dan mula melakukan penangkapan?” tegas Kula Segaran apabila dihubungi kemudian.


Pindaan rang undang-undang itu telah diluluskan sebulat suara oleh ahli parlimen BN pada 4.50 petang.


Terjemahan bebas berita dari malaysiakini.com

UPDATE : DARIHAL DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

Oleh Anwar Ibrahim

aSebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi saya ditahan oleh pegawai Imigresen yang memaklumkan bahawa nama saya telah timbul dalam “senarai yang disyaki”. Tiada penjelasan tambahan yang diberikan. Setelah itu paspot saya dikembalikan dan saya meninggalkan lapangan terbang.

Dengan menggunakan alasan keselamatan awam, dalam tiga hari kebelakangan ini pihak berkuasa telah meningkatkan tekanan terhadap rakyat Malaysia dan menahan pimpinan pembangkang dan badan bukan kerajaan.

Tindakan melampau ini petanda jelas kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sudah sampai ke penghujungnya.

Di Malaysia, rasuah terus menular di kalangan pimpinan UMNO dan BN. Keyakinan orang ramai terhadap sistem kehakiman telah punah. Jenayah telah meningkat. Ekonomi semakin lesu dan media perdana kawalan UMNO-BN masih dikuasai kerajaan.

Rakyat Malaysia telah turun ke jalan untuk turut serta dalam perhimpunan aman untuk mendesak perubahan sistem pilihan raya. Dalam


insiden terbaru, pejuang hak asasi telah ditangkap kerana ingin membiarkan kain rentang Hak Asasi Manusia terus berkibar di Dataran


Merdeka. Kerajaan telah bertindak balas dengan menggunakan ancaman ISA untuk menakut-nakutkan pimpinan masyarakat.

INILAH PUNCA SEGALANYA !!!!!!!


UPDATE : PEMBEBASAN TERKINI

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Lapan aktivis yang ditahan di bangunan parlimen telah dibebaskan tanpa sebarang syarat oleh pihak polis.

Image

Mereka yang dibebaskan ialah Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Penganalisis pilihan raya Malaysia, Wong Ching Huat; Koordinator Suaram, Yap Swee Seng; Wakil CIJ, Gayathri; Mien dan Pengurus Pengiklanan Harakah, Mokhtar Rozaidi yang terlibat dengan sidang media dan majlis penyerahan memorandum Bersih kepada ahli parlimen tengahari tadi.

"Sebaik dibawa ke IPKKL, kami hanya diambil kenyataan sahaja, tanpa sebarang sebab atau dakwaan dibacakan kepada kami," ujar Dr Dzulkifli ketika dihubungi Harakahdaiy.

Sejurus dibebaskan mereka mendesak pihak polis agar memohon maaf kerana tindakan tersebut adalah merupakan suatu kesilapan.

Image"Kami tidak berada di luar parlimen dan tidak melanggar injuksi mahkamah yang melarang orang ramai hadir di luar mahkamah untuk mengikuti aktiviti Bersih," katanya lagi.

Kira-kira 16 individu yang ditahan di luar bangunan Parlimen akan didakwa kerana melanggar perintah mahkamah yang melarang sebarang aktiviti Bersih.

Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua yang turut ditahan pagi tadi ketika cuba untuk memasuki pekarangan parlimen telah dibawa ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta Kuala Lumpur.

Menurut sumber, beliau kini telah dibawa ke IPPKL untuk direman di sana.

Sekumpulan peguam daripada Jabatan Hak Asasi Manusia Majlis Peguam masih berada di IPPKL untuk membantu mereka yang masih belum dibebaskan. - mks.

KRONOLOGI SIRI TANGKAPAN TERBARU KEATAS PIMPINAN

11.30 am: Pada jam 11.30 pagi tadi Bersih melalui jurucakapnya Yap Swee Seng telah mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen dan membacakan butiran memorandum yang akan diserahkan kepada kerajaan.

Turut hadir dalalm sidang akhbar tersebut adalah, Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob; Pengarah Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad dan Wong Chin Huat.

1.00 pm: Laporan terbaru yang diterima Harakahdaily dimaklumkan bahawa, Dr Dzulkifli Ahmad dan Pengurus Telesign (Unit Pengiklanan Harakah), Mokhtar Rozaidi turut ditahan oleh polis.

1.25 pm:Selain itu, Harakahdaily turut dimaklumkan bahawa Yap Swee Seng, Wong Chin Huat dan Gayathri turut ditahan sebentar tadi.

1.45 pm: Dalam perkembangan berkaitan dilaporkan lebih 100 aktivis Bersih sedang berkumpul di hadapan IPK Kuala Lumpur untuk melahirkan sokongan terhadap peserta yang ditahan sebelum ini termasuklah Dr Mariah Mahmood dan Aiman Athirah.

Difahamkan, Tian Chua akan dibawa ke Mahkamah Seksyen dan besar kemungkinan ikat jamin yang diberikan oleh mahkamah semalam akan ditarik balik.

2.00 pm:Senarai tangkapan terhadap pimpinan pembangkang diteruskan oleh pihak polis apabila terbaru Dato' Mustafa Ali turut ditahan sebentar tadi. - mks.

Monday, December 10, 2007

BERIKUT KENYATAAN KETUA PENERANGAN PAS MELAKA

PUTRAJAYA: Dengan angkuh dan sombong, Imam Al Hadhari menegaskan beliau tidak rasa bersalah mengarahkan penahanan seseorang mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tidakkah Imam Hadhari sedar bahawa menahan seseorang tanpa bicara adalah salah di sisi Islam. (Mungkin Islam Hadhari mengHALALkannya)

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab yang dikendalikan Pengerusi Bernama, Mohd Annuar Zaini, selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Building Hearts And Minds“ pada siri Syarahan Global Khazanah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Dari kata-katanya yang sombong dan angkuh itu jelaslah bahawa beliau sememangnya tidak ada perikemanusiaan dan sifat belas kasihan. Jauh sekali untuk menurut tuntutan agama yang mementingkan keadilan di mana orang yang dituduhkan tetap akan diberi peluang membela diri sebelum disabitkan kesalahan.

SEMUA PINTU MASUK KE KL DIKAWAL JALAN SESAK


Pihak berkuasa telah memperketatkan kawalan di hampir semua jalan yang menghala ke bangunan Parlimen hari ini untuk menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berarak bagi membantah pelanjutan tempoh perkhidmatan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Wartawan Azamin Amin dari harakahdaily, yang melaporkan dari bangunan parlimen memberitahu pihak polis telah mengadakan sekatan sejauh 500 meter dari bangunan Parlimen dengan menyediakan lebih 200 anggota, beberapa trak dan kawat berduri.

Setiap kenderaan yang memasuki kawasan parlimen dikawal dengan ketat dan semua butir peribadi pengunjung termasuk wartawan telah dicatat oleh pihak polis.

Selain itu, Harakahdaily yang menerima panggilan daripada orang ramai menyatakan rasa kesal dengan sikap pihak berkuasa yang cuba menunjukkan kuasa dengan menakut-nakutkan rakyat apabila hampir semua jalan yang menghala ke Kuala Lumpur diadakan sekatan jalan raya.

Keadaan ini telah menyebabkan kesesakan luar biasa di sekitar jalan utama ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob dalam satu kenyataan sebelum ini menentang sekeras-kerasnya hasrat kerajaan untuk meminda perkara 114 Perlembagaan Negara dalam fasa 3 dengan menggantikan perkataan 65 tahun kepada perkataan 66 tahun.

Ini kerana tegas Salahudin, pindaan tersebut jelas mempunyai motif tertentu iaitu bagi melanjutkan tempoh perkhidmatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid yang sepatutnya bersara wajib pada penghujung tahun ini.

Semalam, Pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen.

Ketua polis daerah Sentul telah mendapatkan perintah tersebut daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Perintah itu - yang kedua selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November - melarang empat individu serta penyokong Bersih yang lain daripada menghadiri atau menyertai perhimpunan tersebut.

Empat individu tersebut ialah pemimpin PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu dan Adenaan Saad - serta Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Perintah itu juga menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan yang lain juga dilarang sama daripada menyertai perhimpunan tersebut.

UPDATE : LAGI PIMPINAN DITAHAN KETIKA PERARAKAN DI PARLIMEN HARI INI

Azamin Amin
Tue | Dec 11, 07 | 11:03:55 am MYT KEMASKINI| KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Pihak polis meneruskan siri tangkapannya. Kali ini beberapa pemimpin PAS dan KeADILan turut ditahan.

Sebelum ini, suasana aman dalam melahirkan bantahan oleh Bersih tercemar apabila pihak polis mula membuat tangkapan secara kasar ke atas peserta yang berhimpun di hadapan parlimen. Dalam kejadian jam 10.15 pagi tadi, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali dan Dr Mat Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Dalam kejadian tersebut, empat anggota dengan kasar telah memaksanya keluar dari kenderaan yang dipandu oleh pemandunya.

Beliau bersama-sama dengan pemandunya telah dibawa oleh polis dengan kenderaan berasingan ke IPK Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen pagi ini.

Ketua polis daerah Sentul telah mendapatkan perintah tersebut daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Perintah itu - yang kedua selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November - melarang empat individu serta penyokong Bersih yang lain daripada menghadiri atau menyertai perhimpunan tersebut.

Empat individu tersebut ialah Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Adenaan Saad dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Perintah itu juga menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan yang lain juga dilarang sama daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Sementara itu, lebih 50 wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara sedang berada di sekitar kawasan parlimen untuk membuat liputan. - mks.

UPDATE : MAKLUMAT DARI PEJABAT AGONG PAS


Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja Laut, K. Lumpur kini dikeremuni oleh anggota polis beruniform dan tidak beruniform. Sebanyak 5 buah kereta peronda dan sebuah landrover yang membawa sepasukan kecil Unit Anti Rusuhan kini berada di hadapan premis.

Sebentar tadi seorang pegawai telah menampal Perintah Larangan (exparte) yang dikeluarkan oleh Majistret Azniza Mohd Ali dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bertarikh 10 Disember 2007, melarang

1) Dr Syed Azman Syed Ahmad

2) Mohamad Sabu

3) Syed Shahir Syed Mohamud

4) Adnan Saad

5) dan mana-mana orang ebrkenaan

dari mengadakan perhimpunan di Perkarangan Bangunan Parlimen pada hari ini 11 Disember, 2007. Mereka semua dilarang dan diberi amaran agar tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Presiden dan pimpinan tertinggi PAS telah dimaklumkan darihal perkembangan ini.

ABANG MAT & TIAN CHUA DIIKAT JAMIN


Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Keadilan diberikan kebenaran ikat-jamin oleh hakim Mahkamah Sesyen hari ini sekalipun Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menjadi pendakwa hari ini telah cuba berkeras untuk menafikan ikat-jamin tersebut.

Kedua-duanya telah ditahan dan ditangkap petang semalam selepas dikepung kira-kira enam buah kereta peronda polis sementera Tian Chua ditangkap polis selepas berucap di acara Suaram Johor petang semalam.

Hari ini 17 orang telah didakwa ke mahkamah sesyen diatas dakwaan menghadiri perhimpunan anjuran BERSIH pada 10 November lalu.


Selain daripada Mohd Sabu dan TianChua, Naib Presiden Keadilan Gobalakrishnan turut dibawa dan didakwa ke mahkamah hari ini bersama dengan 14 peserta perhimpunan yang lain.


Menurut Malaysiakini, selain dari dakwaan menyertai perhimpunan tersebut, kesemua mereka kecuali Tian Chua dan Mohamad Sabu, juga menghadapi tuduhan kedua iaitu tidak mematuhi arahan polis untuk bersurai. Penyokong-penyokong Bersih berkenaan memohon untuk dibicarakan.


Hakim mahkamah Session Rozina Ali Yusoff membenarkan kesemua diikat jamin diantara RM1,000 dan RM5,000 kepada tertuduh sekalipun telah ditentang dengan keras oleh Peguam Negara Abdul Gani Patail yang mengetuai pendakwaan.


Ini adalah kes kedua dimana Abdul Gani Patail telah gagal untuk menghalang hakim dari membenarkan tertuduh diberikan ikat-jamin setelah hakim Komathy Suppiah menolak hujjah Abd Gani Patail tersebut dan membenakan kesemua tertuduh diikat jamin di dalam satu kes berasingan yang melibatkan peserta-peserta Festival Hak Asasi Manusia yang ditahan dan ditangkap semalam di Kuala Lumpur.


Tian Chua dan Mohamad Sabu diberikan kebenaran ikat jamin dengan jumlah maksima bersama dengan seorang penjamin setiap seorang manakala Gobalakrishnan dikenakan ikat-jamin sebanyak RM3,000.




Sunday, December 9, 2007

GAMBAR -GAMBAR PERSIS TINDAKAN ALA CIA











KRONOLOGI TANGKAPAN MAT SABU

Pukul 2.09 am (10/12/2007): Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkifli Ahmad forwardkan SMS dari Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua yang juga ditangkap:
On polis car, arrest in jb, now on way back to KL, arriv maybe 9. Tomorrow charged in court.
Mohamad Sabu, Tian Chua dan 12 yang lain dijangka akan dihadapkan di mahkamah Jalan Duta pagi ini. Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar memberitahu saya, mungkin mereka akan didakwa di bawah Seksyen 27A, Akta Polis 1967.


Berduyun-duyunlah kita ke sana dengan t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning! Hantarlah sebanyak-banyak SMS kepada rakan-rakan anda untuk memastikan kehadiran mereka semua ke mahkamah Jalan Duta. Ayuh! Kita kuningkan Jalan Duta pagi ini!

a

Hantar ucapan anda kepada Mohamad Sabu melalui email mohamadsabu@gmail.com

Pukul 11.30 pm: Mohd Nasir Mustafa memberitahu, lebih dari 1,000 orang berada di IPD Seberang Perai Selatan. Menariknya, kata beliau, kira-kira separuh dari mereka ialah rakan-rakan dari bangsa India - berita buruk kepada Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Sama seperti yang diberitahu adik Mohamad Sabu, Kassim, Mohd Nasir memberitahu, ketika polis menangkap Mohamad Sabu, FRU merempuh sekatan yang dibuat oleh keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan Naib Presiden PAS itu.

Difahamkan pergelutan berlaku. Bagaimanapun, kerana melawan dengan orang-orang yang bertangan kosong, kekerasan FRU dan polis-polis lain akhirnya berjaya sampai ke kereta Mohamad Sabu. Beliau tetap enggan turun.

Polis lalu memilih tindakan barbaric atau tidak bertamadun dan memecahkan cermin kereta Mohamad Sabu di sebelah tempat duduk penumpang di hadapan, di tempat Mohamad Sabu membatukan diri melawan tanpa kekerasan. Beliau bersama tiga orang yang mengiringi beliau dalam kereta itu direntap keluar dan digari lalu diheret ke IPD Seberang Perai Selatan. Dua dari mereka kawan saya, iaitu Fauzi dan Abdul Razak (Abdul Razak ialah kawan kita yang memakai t-shirt Bersih dalam gambar besar di muka hadapan akhbar Siasah sebelum 10-Eleven dahulu). Seorang lagi saya tak pasti, tetapi difahamkan rakan kita dari Ipoh yang mengiringi Mohamad Sabu.

Saya difahamkan antara yang ditangkap ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa. Saya diberitahu, beliaulah yang paling kuat menentang tindakan polis hendak menangkap Mohamad Sabu. Selain Mohamad Sabu sendiri, saya diberitahu kesemuanya 10 orang ditangkap di Tol Bukit Tambun, Butterworth.

Update 9.33 pm: Kak Normah, isteri Mohamad Sabu menelefon saya dan mengesahkan polis memang memecahkan cermin keretanya untuk menangkap Mohamad Sabu. "Depa pecah cermin sebelah kiri pasai Abang Mat tak nak keluaq," katanya. Beberapa orang yang mengiringi Mohamad Sabu juga ditangkap. "Tak tau depa nak bawak ke mana. Mungkin IPD Seberang Perai Selatan," kata Kak Normah lagi.

Update 9.15 pm: Mohamad Sabu akhirnya ditangkap, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar yang menerima panggilan telefon dari peguam yang mengiringi Mohamad Sabu ke Butterworth, Asmuni Awi. Asmuni memberitahu, polis mahu memecahkan kereta Mohamad Sabu (Naza Ria) untuk menangkapnya di Tol Bukit Tambun.

Apabila saya menelefon Kassim, isterinya memberitahu, polis akhirnya menunda atau menarik (towing) kereta yang dinaiki Mohamad Sabu ke balai polis. Mohamad Sabu tetap enggan turun. Kassim tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana sedang memandu. Beliau ditugaskan membawa balik saudara-mara perempuan ke Guar Petai.

Update 8.37 pm: Masih di Tol Bukit Tambun. Kak Normah menghantar SMS menyatakan saudara-mara dan rakan-rakan yang mengiringi mereka sedang berusaha membawa Mohamad Sabu balik Guar Petai. FRU sudah datang. Mohamad Sabu enggan keluar dari keretanya.

Kassim memberitahu, polis sedang berusaha untuk menarik atau menunda kereta yang dinaiki abangnya. Kak Normah pula menelefon dan menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap tindakan polis. "Polis apa ni? Akta apa ni?" katanya. Kedengaran suara Kak Timah (kakak Mohamad Sabu) mengamuk.

Update 8.25 pm: Walaupun polis mengepung Mohamad Sabu di Tol Bukit Tambun, tetapi masih belum dapat ditangkap. Lebih kurang 13 kereta (menurut Mohd Nasir Mustafa yang berada di sana) saudara-mara dalam rombongan pengantin perempuan ke Ipoh tadi dan juga rakan-rakan dari Ipoh mengepung kereta Mohamad Sabu dan menyukarkan polis bertindak untuk menangkap beliau. Kesemua adik-beradik Mohamad Sabu sedang bersama-samanya. Sementera itu di rumahnya di Guar Petai, para penyokong PAS mula berhimpun dan menanti arahan.

Update 7.50 pm: Baru menelefon Kak Normah, isteri Mohamad Sabu. Tidak seperti sepatutnya, konvoi polis yang mengiringi Mohamad Sabu dari Ipoh ke Butterworth tidak melalui Tol Juru, tetapi mengambil jalan yang melalui Tol Bukit Tambun. Menurut Mohd Nasir, besar kemungkinan polis mahu menangkap Mohamad Sabu di Butterworth. Mungkin salinan asal waran tangkap ada dengan polis Butterworth. Setakat ini, masih tersangkut di tol Bukit Tambun.
***********
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu kini sedang dikepung polis di Jalan Raya 4, Lorong Tambun, Ipoh - berhadapan Sunway City, Ipoh.

Berikut ialah laporan Harakahdaily:
Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih 10 November lalu, Mohamad Sabu telah ditangkap polis sebentar tadi di Sunway City, Tambun, Perak.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PAS sebelum itu dikepung oleh kira-kira enam buah kereta peronda polis sedang dalam perjalanan membawa rombongan perkahwinan anak perempuannya menuju ke rumah pengantin lelaki.

Menurut sumber, Mohamad Sabu ditangkap di hadapan Masjid Negeri dan kini masih berada di sana untuk menunggu peguamnya, Asmuni Awi tiba.

Hal tersebut adalah disebabkan oleh pertikaian mengenai waran tangkap yang dikemukakan oleh pihak polis adalah salinan yakni bukan waran asal.

"Saya mungkin akan didakwa di bawah Akta Polis 1967 kerana perhimpunan sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily yang sempat menghubungi beliau di saat beliau sedang dikepung dan hampir ditangkap polis.

Besan beliau yang sedang menguruskan kenduri perkahwinan tersebut juga turun ke tempat kejadian bagi memberikan sokongan kepadanya.
Saya baru menghubungi beliau. Menurut Mohamad Sabu, beliau memberitahu polis, "kalau nak tangkap jugak, tembaklah dengan gas pemedih mata ka, apa ka, sampai tak boleh melawan. Selagi boleh melawan, saya tak akan menyerah diri".

Mungkin melalui perundingan peguamnya, Asmuni, pihak polis akhirnya bersetuju mengiringi Mohamad Sabu ke balai polis di Butterworth. Rumah beliau di kampung di kawasan Kepala Batas. Semalam kenduri pihakpengantin perempuan, anaknya, di sana. Hari ini, kenduri menyambut, di rumah pengantin lelaki di Ipoh. Kenduri di rumah Mohamad Sabu di Shah Alam dirancang akan diadakan 18 November ini. Tak tau lagi apa yang akan terjadi..

Kawan-kawan di Butterworth, Penang, Perak Utara, Kedah, Perlis dan kawasan-kawasan berdekatan, segera ramai-ramai ke sana! Ramai-ramai! Segera!

Thursday, December 6, 2007

HIMPUNAN BERSIH DEPAN PARLIMEN 11 DIS, SELURUH AHLI PAS MELAKA DI SERU SERTAINYA

Ketua Penerangan PAS Negeri, Sofi Wahab menyeru seluruh rakyat Melaka supaya menyertai Himpunan Aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan pada 11 Disember ini di hadapan bangunan Parlimen bagi mengecam usaha kerajaan BN untuk menyambung khidmat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman melalui pindaan had umur lanjutan persaraan baru-baru ini dibantah keras banyak pihak.

Himpunan itu diadakan bagi membantah usaha kerajaan menyambung perkhidmatan Abdul Rashid yang sepatutnya ditetapkan bersara pada 31 Disember ini apabila umurnya mencecah had 65 tahun. Kerajaan dikatakan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.

Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz. Ia akan dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember ini, kata satu kenyataan Bersih. Menurut kenyataan itu, perhimpunan akan diadakan pada jam 10 pagi di perkarangan bangunan Parlimen.

Beberapa pemimpin parti pembangkang berpendapat BN amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi membantu kemenangannya dalam pilihan raya akan datang

TEMUBUAL BERSAMA KETUA PENERANGAN NEGERI MELAKA

Ikuti temubual wartawan Lajnah Penerangan Melaka dengan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.


1-Apakah isu yang akan dibawa oleh PAS khususnya untuk negeri Melaka dalam pilihan raya yang akan datang?

Sebenarnya memang banyak isu yang boleh diketengahkan kepada masyarakat antaranya isu babi, isu pembaziran, isu wang zakat, isu tanah wakaf, isu peminggiran orang melayu, isu kelemahan kerajaan negeri dan agensi-agensinya dan lain-lain.

Saya anak ulas dua isu sahaja iaitu isu babi dan isu pembaziran.Dalam isu babi, kerajaan negeri dilihat gagal memuaskan rakyat samada Orang Melayu atau Orang Cina.

Mengapa sesudah 50 tahun penternakan babi tersebut dijalankan baru sekarang kerajaan negeri mahu bertindak. Apakah sebelum ini najis babi itu tidak berbau dan tidak menjejaskan alam sekitar. Bukan Orang Melayu sahaja yang susah dengan masalah ini Orang Cina juga terlibat sama. Najis babi ini mengandungi kandungan logam yang membahayakan semua orang.

Kita hairan juga mengapa penternak-penternak dibiarkan menjalankan penternakan mereka tanpa bimbingan dan bantuan untuk memelihara alam sekitar, lesen tidak diberikan, kuantiti binatang perliharaan tidak dihadkan, penguatkuasaan tidak dilaksanakan. Ini jelas membuktikan kerajaan Melaka adalah sebuah kerajaan yang lembap dan lemah.

Semua tindakan yang diambil oleh mereka dalam isu babi baru-baru ini adalah tindakan politik untuk menarik sokongan kedua-dua belah pihak iaitu Orang Melayu dan Cina.Orang Tionghua di Melaka kena faham bahawa PAS tetap akan membenarkan penternakan babi di mana-mana negeri yang akan diperintah oleh PAS seperti di Kelantan.

Tidak ada masalah kalau semua pihak bersedia mengikut undang-undang yang ada. Kalau undang-undang yang ada tidak menguntungkan Orang Tionghua kita akan kaji dan mungkin kita boleh pinda untuk kepentingan masyarakat Tionghua di sesuatu negeri.

Kita harap rakyat samada Orang Melayu atau Orang Tionghua tidak tertipu dengan mainan politik pemimpin Umno dan MCA yang hanya mementingkan undi sebab itu bila hampir dengan pilihanraya baru mereka bertindak. Itu pun tidak memuaskan hati semua pihak.Kerajaan BN Melaka juga jelas membazirkan dalam program-program kerajaan ini.

Sebagainya contoh lawatan rombongan kerajaan negeri ke Paris yang menelan belanja RM1 juta semata-mata untuk belajar menanam pokok.Begitu juga dalam isu pembersihan Sungai Melaka yang menelan belanja RM335 juta yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat Melaka yang jumlah orang fakir miskin masih ramai iaitu melibatkan 785 keluarga.

Kerajaan Negeri juga gagal menjelaskan hutang kerajaan pusat yang meningkat setiap tahun.
Bagi tahun 2006 hutang kerajaan negeri meningkat kepada RM1.05 bilion berbanding pada tahun 2005 berjumlah RM1.03 bilion iaitu peningkatan sebanyak. Ini dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2006. Mengapa tak boleh bayar sudah tentu kerana kerajaan negeri tidak duit disebabkan pembaziran melampau oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya.

Kerajaan Negeri juga gagal menyelesaikan masalah fakir miskin walaupun tiap-tiap tahun Puzat Zakat Melaka (PZM) berjaya memungut zakat berjumlah belasan juta. Tahun ini sahaja sehingga Oktober PZM berjaya memungut RM17.3 juta manakala tahun lalu pada jangka masa yang sama PZM memungut RM16.2 juta. Kemana perginya wang zakat ini sehingga Ketua Menteri mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan mencari dana sebanyak RM14 juta untuk menyelesaikan masalah fakir miskin di Melaka. Bukan duit zakat itu boleh digunakan untuk membantu golongan fakir ini. Mana pergi duit zakat belasan juta setahun. Ini jelas menunjukkan berlaku pembaziran dan ketirisan sehingga ianya tidak dapat digunakan untuk membantu fakir miskin.

Malah tahun lalu peristiwa yang amat memalukan apabila Pejabat Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah disita berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2 juta pada bulan Jun 2006. Selain Pejabat Mohd Ali di Tingkat 11 Bangunan PKNM di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) itu, tujuh lagi tingkat lain milik PKNM termasuk yang menempatkan pejabat pengurus besar turut disita. Kejadian membuktikan kegagalan Kerajaan Negeri dan PKNM menguruskan agensi tersebut dengan baik. Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006. Kegagalan membayar sewa ini disebabkan keborosan agensi terbabit menguruskan wang sehingga hutang tertunggak dengan banyak.

Banyak lagi sebenarnya isu-isu pembaziran yang melibatkan kerajaan negeri sampai tak cukup ruang untuk dimuatkan.Di samping itu isu nasional seperti isu kedaulatan Islam, isu rasuah yang melibatkan banyak pihak, isu harga minyak dan barangan, isu keselamatan dan lain-lain juga akan kita mainkan dalam usaha menarik sokongan rakyat untuk bersama-sama menumbangkan kerajaan BN pada Pilihanraya Umum nanti.


2- Sejauh mana isu ini akan memberi kesan kepada pengundi di Melaka?

Isu-isu ini Insya Allah akan memberikan kesan yang baik kepada pengundi jika kita dapat mengolahnya dengan baik. Tetapi masalah yang perlu difiirkan dengan serius ialah bagaimana isu ini dapat sampai kepada pengundi-pengundi dengan keterbatasan media kita.Jentera PAS di semua peringkat mesti bekerja kuat untuk memastikan semua isu-isu ini berjaya sampai kepada pengundi-pengundi samada dalam bentuk CD, Buletin, risalah, surat khabar maupun secara lisan. Maka gerakan penerangan mesti dipertingkatkan 200%.

Kita di Melaka menerbitkan Buletin PAS Melaka 2 minggu sekali bagi menyampaikan maklumat ini. Namun jika bahan-bahan seperti ini tidak disampaikan kepada pengundi maka kesan kepada pengundi tidak akan dapat kita lihat hasilnya.

Malah kalau sampai kepada mereka sekalipun belum tentu 100% mereka faham dan menyokong kita. Tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha hanya Allah yang akan memberikan hidayat kepada pengundi-pengundi.


3-Adakah PAS yakin menawan beberapa kerusi pada kali ini?

PAS Melaka yakin untuk memenangi beberapa kerusi pada pilihanraya kali ini berdasarkan perkembangan semasa jika SPR dapat berlaku adil, media tidak terlalu berpihak serta juga tiadanya unsur rasuah dan ugutan kepada pengundi. Namun jika semua penyelewengan dan penipuan masih diamalkan oleh SPR, media tidak berubah, rasuah dan ugutan masih diamalkan maka susah untuk kita ramalkan.

Rakyat tidak diberi kebebasan sepenuhnya untuk memilih. Kalau begitu bukan sahaja Melaka di negeri lain pun susah untuk menang.


4- Bagaimana saudara melihat perkembangan golongan muda selepas himpunan Bersih dan Hindraf?

Kita melihat terdapat satu macam kebangkitan dikalangan golongan muda selepas himpunan Bersih dan Hindraf. Kalau kita imbas kembali Himpunan Bersih baru-baru ini rata-rata peserta himpunan adalah anak-anak muda di bawah umur 40 tahun.

Rombongan dari Melaka sendiri 60-70 % adalah golongan muda samada lelaki atau wanita. Malah momentumnya kita lihat masih berterusan. Sebagainya dalam Kempen Bahaya BN peringkat negeri Melaka baru-baru ini kita berhimpun di Pasar Besar Melaka Sentral dan mengedarkan risalah, rata-rata peserta ramai di kalangan orang muda.

Momentum ini mesti kita kekalkan agar kita tidak ketandusan petugas semasa pilihanraya nanti dan juga untuk pemimpin pelapis masa hadapan. PAS di semua peringkat mesti memikirkan program untuk anak muda untuk mengekalkan semangat sehingga hari pembuangan undi nanti dan juga selepas pilihanraya.

Mungkin Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat boleh menjalankan program pengedaran risalah tiap-tiap minggu kerana ianya boleh mengekalkan semangat anak-anak muda ini.


5- Adakah Kenaikan harga barang kali ini mampu mengugat BN?

Kenaikan harga barang memang sebenarnya isu yang betul-betul masuk ke dalam setiap isi rumah tanpa mengira bangsa, agama, umur, pekerjaan dan sebagainya. Rakyat Malaysia sepatutnya bangkit untuk menyatakan penentangan kepada kerajaan dalam isu ini. Penentangan ini boleh direalisasikan melalui peti-peti undi pada pilihanraya akan datang. Namun kita lihat rakyat masih ‘cool’ tidak nampak penentangan secara serius. Ini disebabkan kejayaan kerajaan BN memesongkan perhatian rakyat dari isu ini.

Rakyat masih merasakan mereka boleh hidup senang walaupun harga barangan melambung naik. Rakyat digula-gulakan dengan kenaikan gaji, kemakmuran negara, kesenangan ‘cari makan’, anak-anak semua ada kerja dan juga dilalaikan dengan hiburan.Media terus memainkan peranan mengangkat martabat kerajaan, dengan memomokkan bahawa kerajaan telah berkorban untuk rakyat dengan memberikan subsidi harga minyak berbilion ringgit jadi sekarang masanya untuk rakyat berkorban pula.Maka kita mesti menyedarkan rakyat dalam isu ini.

Program-program meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu harga barang mesti digiatkan seperti pengedaran risalah, ceramah-ceramah kelompok dan sebagainya. Aktiviti mesti dipelbagaikan dalam usaha kita untuk menyedarkan rakyat bahawa kerajaan BN hari ini adalah kerajaan yang langsung tidak prihatin terhadap kesengsaraan rakyat.


6- Ali Rustam dilihat melakukan penyelewengan, apakah pembangkang boleh mengambil peluang daripadanya?

Penyelewengan Ali Rustam ini bukannya baru, malah telah lama berlaku. Isu yang diperkatakan di atas sepatutnya sudah lama menyebabkan Ali Rustam ‘terduduk’, namun ianya tidak banyak memberikan bekas kepada beliau.Tetapi pembangkang Insya Allah tidak akan jemu-jemu membongkar segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa beliau. Kita memang sentiasa mengambil peluang dari penyelewengan tersebut dengan mendedahkan secara terbuka kepada rakyat melalui ceramah-ceramah, buletin, risalah dan kenyataan-kenyataan akhbar yang berterusan.

Jadi terpulang kepada rakyat samada masih mahu mengekalkan pemimpin Islam Hadhari yang jelas kontorversi atau ingin memberikan mandat kepada pembangkang terutama PAS yang membuktikan bahawa kerajaan kita bersih, adil dan telus malah sentiasa mementingkan kebajikan seperti kerajaan PAS Kelantan.