Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menyatakan kekesalannya dengan penahanan 3 orang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; ADUN Kesidang YB Goh Leong San dan ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong.
Penangkapan ketiga-tiga wakil rakyat merupakan suatu pencabulan kepada kedaulatan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di mana tiada sebab yang jelas mengapa mereka bertiga di tangkap."Polis mesti menyatakan sebab mengapa ketiga-tiga mereka ditangkap kerana rakyat mahu tahu mengapa tindakan itu diambil.
Apakah Polis boleh menangkap sewenang-wenangnya sesiapa sahaja tanpa sebab, soal beliau.
""Sedangkan wakil rakyat pun boleh ditangkap tanpa alasan munasabah inikan pula rakyat biasa" kata beliau ketika diminta mengulas isu ini.
Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut ditangkap Khamis lalu di berdekatan Sekolah Tun Tuah. YB Lim Jak Wong telah ditangkap kira-kira jam 11.00 pagi.
Selepas Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him dan ADUN Kesidang, YB Goh Leong San pula diarahkan memberikan kenyataan di Balai Polis Melaka Tengah dan mereka juga di tahan bersama-sama YB Lim di Balai Polis tersebut.
Lebih malang lagi Peguam ketiga-tiga YB tersebut, Damien Yeo telah dihalang oleh Polis bagi mewakili mereka ketika beliau sampai di Balai Polis tersebut kira-kira jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.
Monday, May 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment