Saturday, January 26, 2008

Ketua Muslimat PAS bebas jam 1 pagi, 47 masih ditahan

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh adalah antara 11 individu awal yang dibebaskan jam 1 pagi tadi dari Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), manakala 47 yang lain masih lagi dalam tahanan.

Turut dibebaskan bersama Ustazah Nuridah ialah suami beliau Mohd Azmi Azman dan mereka adalah antara 58 orang yang ditahan semalam atas dakwaan menghadiri satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang, dekat sini.

Antara yang masih ditahan ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua, penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

Demikian menurut Ustazah Nuridah ketika dihubungi Harakahdaily bagi mengetahui perkembangan terkini kesemua tahanan terbabit.

"Saya dan suami dibebaskan tanpa sebarang dakwaan. Bagi saya penangkapan semalam adalah salah kerana saya tidak berhimpun sama sekali malah saya sedang membantu seorang wanita berketurunan India yang cedera akibat dikasari Polis.

"Apabila polis arahkan bersurai, saya patuh tetapi mereka mengekori dan mengepung saya seterusnya menangkap saya dan lain-lain," katanya yang sedang bersiap untuk ke IPKKL tengah hari ini bagi mengetahui perkembangan lanjut rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Sementera itu, Nuridah turut menjelaskan kepada Harakahdaily, bahawa beliau tidak dapat mengenal pasti nama 9 individu yang dibebaskan pagi tadi namun menyatakan tujuh daripadanya berketurunan India mankala dua lagi berbangsa Cina.

"Ada yang ditangkap sekitar Wisma Central Jalan Ampang, dan bukannya di lokasi himpunan sepatutnya di adakan malah turut ditangkap individu yang memakai baju warna kuning," katanya.

"Nampaknya kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin takut dengan kebangkitan rakyat yang mahu memprotes kenaikan harga minyak dan barang yang 'menindas' hidup mereka. Oleh itu mereka melakukan pelbagai halangan untuk menyekat daripada mendengar suara hati rakyat," katanya.

Beliau dalam pada itu turut memberi semangat kepada semua pendokong, pejuang, aktivis dan pemimpin politik agar meneruskan perjuangan membela nasib hidup rakyat di samping mendedahkan segala kepincangan yang dilakukan oleh BN tanpa rasa gentar.

"Jangat takut. Ini adalah lumrah perjuangan, pasti ada pelbagai halangan dan insya-Allah kita akan berjaya," katanya mengakhiri perbualan telefon sebentar tadi.

PAS selar tindakan polis menangkap rakyat demo Protes di KLCC

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Hrkh) - PAS menyelar dan membantah tindakan polis menangkap rakyat yang menyertai perhimpunan aman Protes bagi membantah kenaikan harga barang di KLCC petang semalam.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendakwa tangkapan tersebut sekali menggambarkan rakyat diperlakukan dengan cara tidak demokratik oleh kerajaan dengan menggunakan kuasa polis.

"PAS membantah tangkapan tersebut dan meminta mereka segera dibebaskan," katanya semasa di hubungi di Tawau, Sabah.

Malah katanya sekali lagi tangkapan tersebut membuktikan negara ini negara polis.

"Saya dimaklum ada yang ditangkap di Stesen LRT Ampang Park sedangkan mereka tidak berhimpun pun," katanya.

Dakwanya ini menunjukkan kebebasan dan pergerakan rakyat disekat sebegitu sekali.

"Jika berada di Stesen LRT dan KLCC pun ditangkap ia merupakan satu tangkapan yang luar biasa.

"Ini kerana sebagai rakyat Malaysia mereka bebas untuk bergerak dan tidak ada gunanya membina KLCC secantik begitu," bidasnya.

Sementara itu lebih 50 orang termasuk beberapa pimpinan PAS, KeADILan dan Parti Sosialis Rakyat ditahan di Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Kuala Lumpur petang tadi ekoran perhimpunan tersebut.

Antara yang ditahan, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Nuridah Saleh, Dr Md Hatta Mohd Ramli dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua.

Dalam pada Nasharudin berkata, beliau dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang serta Ustaz Misbahul Munir ke Sabah untuk program Jelajah Bersama Presiden PAS.

"Bermula hari ini kami berada di Tawau dan besok ke Kota Kinabalu.

"Di Tawau kami berceramah Di Merotai dan sambutan rakyat Sabah amat menggalakkan," katanya yang berada di sana selama dua hari.

p/s: ini bukannya negara "demokrasi" tetapi telah menjadi negara "demonazi"...

58 ditahan polis di perhimpunan aman Protes Kenaikan Harga Barang














KUALA LUMPUR, 26 Jan (Hrkh) -
Seramai 58 orang ditahan termasuk Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ketua Penerangan parti KeADILan, Tian Chua ekoran satu perhimpunan aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga barangan di KLCC dan sekitar Jalan Ampang.

Turut ditahan ialah penyelaras Parti Sosialis Malaysia (PSM), Aruchelvan dan Dr Osman Nasir dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Dr Badrul Amin Bahrun.

Daripada keseluruhan yang ditahan, sepuluh adalah wanita.

Kesemua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur.

Tangkapan bermula kira-kira jam 2.45 petang apabila enam orang ditahan di hadapan Suria KLCC biarpun belum berlaku perhimpunan.

Enam orang yang ditahan ialah anggota Unit Amal Wangsa Maju. Sementara itu Dr Hatta, Tian Chua dan seorang peguam, Johnson Chong ditahan semasa mengada satu sidang media di sebuah restoran berhadapan Kedutaan Australia, Jalan Yap Kwan Seng, tidak berapa jauh dari bangunan KLCC.
Semasa tangkapan tersebut Dr Hatta kelihatan terjatuh dari meja makan.

Dalam pada itu, walaupun tiada perhimpunan di kawasan KLCC, ia dikawal rapi anggota polis termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan pasukan Rela. Tangkapan berakhir kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu Dr Hatta semasa mengadakan sidang media di restoran itu tidak dapat menyatakan sama ada perhimpunan itu berjaya ataupun tidak.

Bagaimanapun katanya, melihat kepada situasi di sekitar KLCC ia menampak keadaan yang agak kecoh dan tidak teratur.

"Bagaimanapun ia tidak membahayakan keselamatan orang ramai, sebenarnya Protes kecewa kerana pihak polis bertindak melampau; kami difaham kira-kira 1000 anggota polis ditugaskan hari ini dan ia menyebabkan suasana tidak selesa dan tanda tanya kepada orang ramai" katanya.

Walhal beliau berkata perhimpunan yang dirancang itu akan berjalan dengan aman dan tidak menimbulkan kesan negatif kepada orang awam.

Malah dakwanya tindakan tersebut membazirkan sumber kerajaan.

"Jika sumber hebat sebegini dikerah untuk mengesan penjenayah atau mencari kanak-kanak yang hilang, saya rasa ia boleh menyelesaikan beberapa kes jenayah yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Mereka yang ditahan melaungkan slogan "reformasi" dan "hidup rakyat" ketika dibawa ke IPK Kuala Lumpur dengan trak polis.

Thursday, January 17, 2008

POLIS tunduk kepada BN UMNO


Hebat sungguh Polis Malaysia, Doktor dan Ustaz yang tidak pernah membunuh, menculik dan melakukan jenayah dengan cepat ditangkap walaupun kesalahannya hanyalah menghadiri perhimpunan aman.

TETAPI PENJENAYAH, PEMBUNUH, PEROGOL, PEROMPAK DAN SEBAGAINYA DIBIARKAN HIDUP BEBAS DAN BERMAHARAJALELA.

KES-KES BUNUH YANG PULUHAN TAHUN PUN MASIH BELUM SELESAI, ANTARANYA KES PEMBUNUHAN MUSTAKIZAH, NORITA SHAMSUDDIN, NURIN JAZLIN DAN RAMAI LAGI.

SYABAS POLIS MALAYSIA YANG SENTIASA TUNDUK DAN PATUH KEPADA UMNO DAN BN

Tuesday, January 15, 2008

BUKTI UNTUK RAKYAT MELAKA TUMBANGKAN UMNO DALAM PRU 12 NANTI!!

"Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
MELAKA: Tanda tanya kehadiran sekumpulan warga asing beratur panjang dan berpanas di belakang sebuah hotel usang di bandar ini membongkar kegiatan pelacuran tempatan aktif pada hujung minggu walaupun sebelum ini, hotel sama diserbu Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) beberapa kali.

Mereka dikatakan beratur kerana menunggu giliran melempiaskan nafsu serakah tetapi sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jaim bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan polis di hotel di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.

Berdasarkan rekod Jaim, hotel berkenaan pernah diserbu dua kali akhir tahun lalu kerana kegiatan sama dan sebelum itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membatalkan lesen perniagaannya setahun lalu.

Bagaimanapun, hotel itu terus menjalankan operasi menggunakan pintu belakang manakala pintu depan dikunci seolah-olah sudah menutup perniagaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata dalam operasi jam 2.30 petang di hotel berkenaan, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki warga asing beratur di belakang hotel itu seolah-olah menunggu giliran.

Katanya, apabila menyedari kehadiran mereka, semua lelaki terbabit sempat melarikan diri.

“Dalam operasi di hotel itu, enam wanita berusia 19 hingga 39 tahun yang dipercayai pelacur ditahan bersama dua lelaki warga asing berusia 40-an yang dipercayai pelanggan pelacur berkenaan,” katanya.

Menurutnya, dalam satu lagi serbuan di sebuah hotel di Jalan Bunga Raya kerana menjalankan kegiatan sama, pihaknya menahan lima wanita juga dipercayai pelacur berusia 22 hingga 25 tahun.

“Dua lelaki warga asing berusia 20-an dipercayai pelanggan turut ditahan,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Rahimin berkata, Jaim turut mengambil butiran daripada lelaki menunggu di luar bilik hotel berkenaan.

Menurutnya, daripada 10 wanita yang ditahan itu, dua beragama Islam.

Katanya, semua mendakwa berasal dari Sabah dan hanya mempunyai sijil kelahiran.

“Mereka ditahan untuk siasatan dan dua wanita beragama Islam itu akan didakwa mengikut Seksyen 75, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana melacur, sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

“Tiga lelaki beragama Islam itu akan didakwa mengikut Seksyen 54, enakmen sama kerana bersekediaman dengan bukan muhrim, sabit kesalahan boleh didenda dan dihukum penjara bagi nilai dan tempoh sama manakala seorang lagi lelaki dibebaskan kerana bukan beragama Islam,” katanya.

Herman - Beginilah keadaannya bila negeri anda diperintah oleh BN. Sarang pelacuran tumbuh dengan banyaknya. Walaupun dah banyak kali diserbu, tapi tempat itu terus hidup dan aktif. Kerajaan BN langsung tak mahu menutup premis ini, mereka hanya menutup mata, mungkin kerana Ali Rustam menganggapnya sebagai sebahagian ‘produk pelancongan’ ke Negeri Bersejarah tu. Hakikatnya Ali Rustam hanya memalukan cucu Hang Tuah dinegeri itu sahaja. Baik jatuhkan semua pemimpin BN agar Melaka bebas dari SARANG PELACURAN

"

" KEANGKUHAN UMNO / ALI RUSTAM MULA DIROBEK" - Lagi Kubu Kuat Ali Rustam DiTembusi PAS !!!!!

Majlis Tindakan DUN Bukit Baru sekali membuat kejutan apabila berjaya membuka dua buah lagi Pusat Perkhidmatan dan Pejabat Unit Peti Undi (UPU)iaitu di Peti Undi Kampung Ku Sayang dan Padang Jambu. Kedua-dua Peti Undi ini terutama Kampung Ku Sayang sememangnya kubu kuat ALi Rustam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Bukit Baru.

Sebelum ini petugas PAS begitu sukar untuk menembusi Kampung Ku Sayang sehingga poster PAS juga tidak dibenarkan untuk digantung di kawasan tersebut. Sebelum ini Kampung Ku Sayang diletakkan di bawah Peti Undi Bukit Baru tetapi mengikut pekeliling SPR yang baru Peti Undi Bukit Baru dipecahkan menjadi dua kepada Peti Undi Kampung Ku Sayang dan Bukit Pulau.

Kejayaan membuka kedua-dua Pejabat peti undi di kawasan tersebut merupakan suatu kejayaan gemilang PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru kerana sebelum ini penduduk setempat cukup liat untuk membantu PAS pada setiap kali pilihanraya umum.

Menurut Pengarah MTD Bukit Baru, Ramli Halib kesediaan penduduk setempat mewakafkan rumah mereka untuk dijadikan pejabat dan pusat khidmat masyarakat merupakan petunjuk bahawa rakyat semakin berani untuk bangkit menolak BN pada pilihanraya akan datang.

"Walaupun mereka diugut dan ditekan oleh penduduk setempat mereka tetap teguh pendirian dan sentiasa bersemangat untuk membantu PAS".

"Insya Allah kita akan buat kejutan dengan memberikan saingan yang cukup sengit kali ini ditambah lagi dengan sokongan terbuka masyarakat bukan Melayu kepada pembangkang membuatkan kita sangat yakin PAS mampun menumbangkan BN di sini" kata Ramli dengan penuh semangat.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazri Ariffin menyatakan bahawa Pemuda Kawasan bertekad untuk menggerakkan pejabat baru ini dengan semaksimum mungkin bagi memastikan pengundi di kawasan itu beralih arah kali.

"Kita telah pun membentuk jentera pemuda di semua peringkat termasuk UPU dan UPU Kampung Ku Sayang merupakan antara UPu yang kita akan beri tumpuan khusus" katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sebelum ini MTD Bukit Baru berjaya menembusi kubu BN di Tamam Tun Rahah (Peti Undi Baru) walaupun sebelum ini PAS tidak pernah mempunyai cawangan maupun markas semasa kempen pilihanraya di sana. Pusat Khidmat dan Pejabat UPU telah dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 Melaka, Hj Bakrin Sidek tiga minggu lalu.

" GELOMBANG KUNING SEMARAK HIJAU "




SELURUH RAKYAT MELAKA DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM HIMPUNAN RAKYAT BERSEMPENA

"PROGRAM JELAJAH PRESIDEN KE SELURUH NEGERI"

HIMPUNAN RAKYAT JAM 2.00 PETANG
BERTEMPAT DI PEJABAT PAS BUKIT KATIL.


MANAKALA

CERAMAH UMUM JAM 9.00 MALAM
BERTEMPAT DI PEJABAT PAS BUKIT TAMBUN, DURIAN TUNGGAL.

HADIRLAH BERAMAI-RAMAI TANPA MENGIRA KAUM DAN AGAMA.

" GELOMBANG KUNING SEMARAK HIJAU "

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

( Sofi : 019 682 1318 )
(Abu Adham : 016 260 0378)




PROGRAM PENERANGAN PAS MELAKA !!!!!!!!!


PENGUMUMAN ULANGAN !!!!

JEMPUT SELURUH WARGA MELAKA TANPA MENGIRA KAUM & AGAMA KE

Program Siri Penerangan
PAS Kawasan Bukit Katil pada 27 Januari 2008 ini bersamaan 18 Muharram 1428
hari Ahad Jam 9.00 malam di PEJABAT PAS BUKIT KATIL

Ayuh mari kita mendengar perkembangan terkini dan tunjukkan kesedian serta sokongan padu kearah menegakkan kebenaran dan menumbangkan kezaliman.

Sebarang Pertanyaan :

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil
Abu Adham
0162600378

Monday, January 14, 2008

DIMANA SHARLINIE?

Wednesday, January 9, 2008

APA ERTINYA SEMUA INI !!!

PANAS!!!!!!!!!!! PENDEDAHAN EKSKLUSIF !!!!!!!

Oleh Dollah Rimau

 Surat perangang Jahat UMNO/BNBermula dengan HINDRAF, ada beberapa kelonggaran dalam isu ini tetapi banyak perbezaan pelaksaan hukuman berbanding dengan isu penganiayaan terhadap peristiwa Batu Burok. SMS perkauman tersebar luas. Bahan-bahan internet yang berunsurkan pergaduhan kaum, orang Melayu dipukul, India diganyang tersebar luas.

Api-api perkauman telah disebar luas dan rakyat berada dalam keadaan gelisah. perniaga Cina diugut dengan ekonomi dan darurat semuanya adalah PELAN "ISU PERKAUMAN" yang dipersetujui oleh semua komponen Barisan Nasional.

Anda diperbodohkan.Kalau bukan anda bapa atau ibu anda diperbodohkan.
Setidak-tadaknya keluarga anda diperbodohkan oleh UMNO dan BN.



Harta negara dikaut untuk kerabat mereka, anda digula-gulakan. Itulah realiti pemerintahan UMNO/BN sekarang.

Pak Lah diwar-warkan sebagai "Mr Clean", warak dan sentiasa bercakap lembut tetapi sebenar dialah dalang dan perancang semuanya.

Menteri dalam negeri, yang menjadikan AG budak surahan, SPR dengan pindaan perlembangaan sebagai anjing upahan.

Dia memang hipokrit dan DAJAL.

YB Salahudin Ayub telah menerima pendedahan ini dan telah membuat laporan polis. Maklumat yang disertakan ini perlu disebarkan dengan apa cara sekalipun. Mana-mana yang mahir mesti mengubahsuai dan menjadikan ianya menarik untuk dipaparkan kepada umum.

  Sila klik

Dua surat sulit ini perlu disebarkan, Klik untuk besarkan dan simpan yang besar (bukan yang dipapar ini)

Setelah ibu bapa, keluarga anda diperbodohkan. Jangan sampai anak-anak anda generasi akan datang pula dicucuk hidung!!
ANDA MESTI BERTINDAK SEKARANG!!!

Perutusan Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia sempena Maal Hijrah 1429Hijrah

Dato' Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah sempena dengan kedatangan bulan Muharam yang menandakan masuknya kita ke dalam tahun baru 1429 berdasarkan kalendar Hijrah yang diasaskan oleh Saidina Umar Al-Khattab.


Dalam kesempatan ini, PUM menyeru kepada seluruh masyarakat Malaysia agar kita mengambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w yang telah mencetuskan kepada pembukaan peluang-peluang penyebaran agama Islam yang tercinta.

Sebagai umat Islam, kita perlu berpegang teguh kepada ajaran Allah yang telah disampaikan oleh NAbi Muhammad s.a.w. Allah berfirman: Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan berpecah belah (Al-Imran:101).

Seruan ini sangat jelas di mana kita diminta unutk bersatu padu, jangan berpecah di atas perbezaan-perbezaan ini seharusnya menjadi rahmat, bukan penyebab untuk berpecah belah tetapi seharusnya menjadi pemangkin kesatuan umat.

Hijrah menuntut kita berubah dari keburukan kepada kebaikan. Kita harus menjadikan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun lepas sebagai panduan untuk kita bergerak ke hadapan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Kita tidak mahu melihat ramai nyawa terkorban di atas jalan raya, kita tidak mahu melihat mat rempit bermaharajalela dan seribu macam perkara yang kita tidak mahu lihat.

Ini menuntut kita melakukan perubahan, sama ada perubahan sikap, corak berfikir atau perubahan-perubahan mendasar yang perlu dilakukan kerajaan demi kebaikan rakyat Malaysia.

Dalam masa yang sama, umat Islam didedahkan dengan isu-isu serangan pemikiran seperti liberalisme, pluralisme dan lain-lain.

Ini menuntut umat Islam untuk bersedia dari segi ilmu yang boleh menepis hujah-hujah kumpulan yang ingin merosakkan kemurnian agama Islam. Janganlah mengharap sebahagian ulama atau hanya mengharapkan kerajaan menangani serangan-serangan ini.

Seharusnya umat Islam perlu menimba, mengkaji, menilai, memahami serta menguasai hujah-hujah balas bagi memelihara kesucian Islam.

Sebenarnya Hijrah mempunyai maksud yang sangat luas. Tun Dr Mahathir ketika masih menjadi Perdana Menteri pernah dalam perutusan Maal Hijrah 1422 menyebut bahawa antara mafhum hijrah ialah ia memberi teladan atau pengajaran kepada Umat Islam dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Hijrah bukan bermakna melarikan diri atau mengelak daripada masalah, tetapi mengundur untuk menyediakan diri bagi mengatasi cabaran.

Dalam kesempatan ini, PUM merasakan bahawa umat Islam perlu kuat kerana keperluan menangkis serangan dan tekanan oleh musuh Islam.

Oleh kerana umat Islam tidak mengendahkan seruan Islam berkenaan perpaduan maka hari ini orang Islam dan negara Islam amatlah lemah dan ditindas oleh musuh-musuh Islam.

Dalam hal ini persiapan dari sudut mempertahankan negara juga harus melalui fasa Hijrah agar kita setanding dengan negara-negara lain.

Yang Dipertua,
Persatuan Ulama Malaysia.

Perutusan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, sempena 1 Muharram

Rizal Tahir (petikan daripada HarakahDaily)

Hijrah biasanya difahami sebagai berlakunya peristiwa perpindahan Rasulullah S.A.W, ahli keluarga dan para Sahabat r.a dari Mekah Mukarramah ke Madinatul Munawwarah, meninggalkan segala harta benda yang sangat disayangi.

Antaranya rumah tangga, kebun halaman, kedai-kedai perniagaan, binatang-binatang ternakan dan segala aset hidup, dengan bergadai nyawa melintasi padang pasir pergi ke destinasi baru 'Madinatul Munawwarah' tanpa sebarang cagaran hidup, selain daripada keyakinan untuk menyebarkan Islam serta mendaulatkan sistem hidup berkerajaan.

Kota Madinah pada ketika itu merupakan tempat yang paling sesuai bagi mendaulatkan Islam kerana penduduknya lebih memahami selok belok agama wahyu, sebab mereka biasa menerima maklumat daripada kaum Yahudi tentang ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa A.S. melalui Kitab Suci Taurat.

Kegiatan politik dan pemerintahan Islam di Madinatul Munawwarah telah menjadi asas dan teras yang paling kukuh dalam mendaulatkan sistem hidup Islam yang syumul (menyeluruh) meliputi perlembagaan, pendidikan, ekonomi, sosial, kebudayaan, ketenteraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Alhamdulillah, negeri Kelantan Darul Naim yang selama ini terkenal sebagai Negeri Serambi Mekah telah berjaya mempelopori semangat Hijratur Rasul yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu.

Semangat ini tetap menjadi agenda ajaran Islam sehingga ke hari kiamat kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud): "Orang yang benar-benar berhijrah ialah orang yang berhijrah meninggalkan segala perkara yang ditegah oleh Allah".

Kelantan sedang meneruskan semangat hijrah tersebut dengan meninggalkan riba, meninggalkan amalan mendedah aurat, meninggalkan sikap tidak mengambil cakno terhadap fakir miskin, meninggalkan hiburan-hiburan yang membawa kepada dosa dan maksiat dan meninggalkan fahaman dan semangat sekular yang mengasingkan agama daripada politik, yang dipaksikan dengan prinsip 'ubudiyyah, mas'uliyyah dan itqan.

Sesungguhnya kejayaan yang paling besar dalam hijrah ialah kejayaan membentuk kerajaan yang dapat mentadbir negara berpandukan ajaran Islam yang bertujuan untuk membawa kemaslahatan dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Inilah juga kejayaan paling besar di Kelantan. Kita berjaya membentuk kerajaan yang mengawal Islam daripada gangguan-gangguan syirik, maksiat dan kefasikan. Dan menyuburkannya dengan mengadakan bermacam-macam program yang kesemuanya berjumlah kira-kira seratus jenis pembaharuan.

Di antaranya ialah mewujudkan Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah yang telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan sendiri dengan tujuan untuk mencetuskan pengertian bahawa Al-Quranul Karim dan sains perlu bahu membahu.

Kelantan Darul Naim walaupun memiliki kelengkapan yang agak kurang, tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui sejak awal-awal lagi bahawa kita sedang berpegang pada seutas tali yang di hujung sana dipegang sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W yang ditauliahkan dengan anugerah:

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada keperibadian dan kepimpinan Rasulullah S.A.W itu terdapat contoh ikutan yang terbaik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan syurga) di akhirat serta dia pula berzikir (menyebut dan mengingati) Allah banyak-banyak (baik semasa susah mahupun semasa senang)." - (Surah al-Ahzab: 21).

Dengan ketetapan inilah kita pegang kemas-kemas tali Allah ini walaupun terpaksa mendaki gunung dan menurun lurah dengan berbekalkan doa, semoga anugerah Ilahi ini dikekalkan berterusan, dengan ingatan syarat-syarat makbul doa iaitu:

"Hendaklah kamu tetap menjalankan perintahku secara berterusan (dengan penuh istiqamah) dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan (mengenai janji-janjiKu di akhirat)". - (Surah Yunus: 89).

Sesungguhnya Allah S.W.T telah mewajibkan kita melaksanakan kerja-kerja amar ma'ruf dan nahi munkar. Tanggungjawab tersebut tidak dapat disempurnakan kecuali dengan wujudnya kekuatan, kuasa pemerintahan dan daya kepimpinan yang cemerlang.

Lantaran inilah telah diriwayatkan bahawa: "Sesungguhnya as-Sultan atau pihak pemerintah itu merupakan bayangan Allah di muka bumi ini".

Lantaran inilah juga terdapat ulama Salafus Soleh seperti al-Fudhail bin 'Iyadh, Imam Ahmad bin Hanbal dan ramai lagi yang mengatakan:

"Sekiranya kami memiliki suatu peluang keramat, apabila berdoa terus diperkenankan oleh Allah, pastilah kami akan pergunakan peluang doa keramat tersebut kepada pihak pemerintah dan Sultan sesebuah negeri, supaya Allah menganugerahkan hidayah dan taufiq-Nya".

Ini kerana dengan taufiq dan hidayah kepada raja dan pihak pemerintah, banyak pihak dan pelbagai institusi yang wujud dalam sesebuah negara berkenaan akan menjadi baik dan dipantau dengan rahmat Allah S.W.T.

Aamiin, Yaa Rabbal 'Aalamiin.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

MAT SABU GEMPUR DUN ALI RUSTAM ! Tunggu kehadirannya..


Kepada seluruh warga Melaka anda dijemput ke program siri penerangan
PAS Kawasan Bukit Katil pada 27 Januari 2008 ini bersamaan 18 Muharram 1428
hari Ahad Jam 9.00 malam diperkarangan rumah Mantan Yang Dipertua
PAS Kawasan Bukit Katil , Cikgu Haji Md Yasin.
(bersebelahan stesen petrol BP/ seberang pejabat JPJ Melaka)

Ayuh mari kita mendengar perkembangan terkini dan tunjukkan kesedian serta sokongan padu kearah menegakkan kebenaran dan menumbangkan kezaliman.

Sebarang Pertanyaan :

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil
Abu Adham
0162600378

Tuesday, January 8, 2008

"UGUT, CANTAS itulah budaya dalam Umno dan BN.

Zaili Muhammad

MELAKA, 8 Jan (Hrkh) -- Persoalan besar yang berlaku di sebalik kes Dato' Seri Dr Chua Soi Lek ialah wujudnya satu konspirasi politik di dalam MCA seperti yang didakwa sendiri oleh beliau ketika mengumumkan peletakan jawatannya baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Ustaz Dr Mujahid Yusuf Rawa, bahawa sebenarnya apa yang berlaku ialah gambaran politik BN yang begitu teruk dan hodoh.

"Isu sebenarnya ialah gambaran kepada politik cantas-mencantas, politik ugut-mengugut yang teruk berlaku di dalam parti komponen BN dan sekarang MCA ditelanjangkan pula oleh orang Cina.

"Bagaimana teruknya kita tengok politik Malaysia yang kotor seperti yang berlaku ke atas Dato' seri Anwar Ibrahim dan sekarang berlaku ke atas Dr Chua pula, itulah budaya politik teruk BN," kata beliau.

Di samping itu, beliau turut menjelaskan mengapa isu perkauman dibangkitkan oleh media arus perdana sejak kebelakangan ini, di mana ianya disebabkan oleh kegagalan BN menyelesaikan pelbagai isu yang timbul lalu mereka nak tutup dengan isu perkauman.

"Mereka mahu orang Melayu, Cina dan India bergaduh mereka mahu begitu supaya mereka boleh terus kekal berkuasa mereka akan bercakap kepada rakyat kalau kamu tidak sokong Umno dalam mempertahankan Melayu Islam maka akan jadi huru-hara negara ini," katanya.

Ustaz Mujahid berkata, "saya masih ingat ada seorang makcik berniaga goreng pisang mengadu hal dilarang berniaga goreng pisang di tepi jalan, mereka kata tak boleh sebab tepi jalan tapi kalau isi borang Umno boleh, nak apa isi borang Umno ini negara mafia bukan hadhari.

"Sebagai negara maju Islam Hadhari yang bertamadun ialah rakyatnya berfikiran terbuka dan rakyat tidak boleh dihukum kerana menyokong parti lain dari Umno seperti Terengganu rakyatnya telah membuat pilihan melalui proses demokrasi tapi dihukum ditarik balik royalti minyak dan digantikan dengan wang ihsan maka rakyat berada dalam keadaan takut untuk berubah," ujarnya. - mks.

Wednesday, January 2, 2008

SAMBUTAN TAHUN BARU DIHIASI DENGAN MAJLIS TAHLIL, Apa kata Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka.

Zaili Muhammad

MELAKA, 2 Jan - Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri Melaka membatalkan Sambutan Tahun Baru 2008 yang diadakan setiap tahun pada tahun ini bagi membuat persediaan menghadapi banjir.

Menurut Ketua Pemuda DPPNM, Ustaz Kamarudin Sidek, bahawa kita amat bersetuju dengan pembatalan sambutan tersebut kerana ianya tidak memberi faedah kepada rakyat bahkan menggalakkan lagi pergaulan bebas di kalangan remaja.

"Dua tahun lepas semasa kita mengadakan program mengedar risalah pada malam sambutan tahun baru, kelihatan remaja lelaki dan perempuan melepak sehingga 3 pagi selepas acara pertunjukan bunga api.

"Kami juga mengharapkan tindakan bijak yang dilakukan ini diteruskan pada masa-masa akan datang bagi mengelakkan pembaziran dan mengurangkan gejala sosial yang semakin parah di negeri ini," kata beliau.

Kerajaan negeri telah mengantikannya dengan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil di Masjid Al-Azim di sini, malam tadi. Antara yang turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Speker DUN, Dato' Wira Mo'min Abd Aziz, Mufti Kerajaan Negeri, Dato Wira Rashid Redza Mohd Salleh dan bersama 500 orang hadirin.

"Tahun ini, kita tak adakan acara sambutan Tahun Baru 2008, sebaliknya kita minta rakyat berdoa mengikut fahaman agama masing-masing meminta supaya banjir tidak berulang di negeri ini," kata Ali Rustam. - mr

LAGI KUBU KUAT UMNO DALAM PARLIMEN BUKIT KATIL TEMBUS

Zaili Muhammad

BUKIT KATIL, 2 Jan (Hrkh) - PAS Kawasan Bukit Katil melalui Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru berjaya menembusi kubu kuat Umno di Taman Tun Raha di sini, baru-baru ini.

Bertempat di Pejabat Peti Undi Taman Tun Rahah, Unit Peti Undi (UPU) PAS Taman Tun Rahah telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Bakrin Sidek yang juga merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka dan turut dihadiri Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab.

Bakrin berkata, kejayaan PAS menubuhkan UPU Taman Tun Rahah merupakan kejayaan di luar dugaan kerana taman itu terkenal sebagai kubu kuat Umno sejak dahulu.

Menurutnya, kejayaan MTD Bukit Baru ini patut dijadikan contoh kepada MTD lain kerana kesungguhan pimpinan mereka akhirnya membuahkan hasil bukan sahaja UPU berjaya ditubuhkan bahkan mereka berjaya membuka pejabat sendiri.

"Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah iaitu Mohd Jas Abdul Rahman kerana sanggup menwakafkan rumahnya sendiri untuk dijadikan pejabat, beliau sanggup berpindah ke rumah lain semata-mata untuk kepentingan jemaah," kata beliau.

UPU Taman Tun Rahah merupakan peti undi baru yang diwujudkan oleh SPR untuk pilihan raya akan datang dan ianya adalah pecahan kepada Peti Undi Bukit Katil.

Dun Bukit Baru diwakili oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang baru-baru ini membayangkan akan menggantikan kerusi Umno di Dun tersebut kepada parti MCA atau Gerakan dan mengambil-alih Dun Bachang yang diwakili Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan keputusan 'pilihan raya olok-olok' yang telah diadakan begitu mengecewakan beliau dan mendapati beberapa pemimpin masyarakat di DUN Bukit Baru tidak berminat dengan wakil rakyat Umno untuk mewakili kawasan itu. - mr

TUMBANGKAN UMNO DALAM PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG !

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Penglibatan para pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam skandal seks bukanlah benda baru dalam politik negara, bahkan pengakuan Menteri Kesihatan, Dato' Dr Chua Soi Lek, bahawa beliaulah orangnya yang terlibat dalam video lucah tidak mengejutkan, kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

ImagePerkara tersebut tidak aneh kepada rakyat kerana sememangnya diketahui umum tentang kerendahan moral pemimpin Barisan Nasional (BN), katanya.

Kes di Melaka, Altantuya dan Mustakizah contoh terdahulu

"Jika kita masih ingat tentang kematian Mustakizah dan Altantuya, ia mempunyai hubungan yang rapat dengan skandal seks pimpinan utama negara..

"Dahulu pun, di Melaka, gadis bawah umur membuat pengakuan dirogol oleh Ketua Menteri.

Penarikan diri seorang menteri daripada bertanding jawatan penting dan berprestij sebuah badan dunia baru-baru ini juga dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal seks.

"Ini tidak termasuk kes-kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin yang lebih rendah seperti kes rogol dan paparan aksi lucah dalam website dalam kamera digital 3G seumpamanya beberapa orang ahli-ahli Parlimen di kalangan BN.

Sukar cari pemimpin BN bebas skandal

"Ini biasa bagi mereka cuma yang peliknya hari ini yang berlaku ialah bila skandal itu dapat divideokan seperti kes video lucah VP Vijandran dan Soi Lek baru-baru ini," dakwanya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS, dekat sini, hari ini.

Apa yang pasti katanya, bagi rakyat, amat susah untuk mencari seorang pemimpin BN yang benar-benar bersih daripada skandal.

Beliau menegaskan, daripada skandal rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, judi hinggalah kepada skandal seks, keruntuhan moral para menteri sudah cukup untuk memberi makna Islam Hadhari, integriti dan agenda modal insan yang dilaungkan oleh Umno/BN.

"Semua ini adalah pembohongan untuk mengaburi mata rakyat, padahal hakikatnya pemimpin BN sendiri mengalami keruntuhan dan kehancuran moral yang begitu dahsyat. Tidak ada guna kita bercakap soal Rukun Negara dengan ‘Kesopanan dan Kesusilaan’ jika pemimpin sendiri beraksi umpama binatang yang tidak mengenal sistem hidup bermoral yang menunjangi kestabilan masyarakat," katanya.

ImageAlasan diperangkap tidak boleh diterima, ia memalukan

Malah katanya Pemuda PAS tidak dapat menerima alasan menteri tersebut bahawa beliau diperangkap apabila kamera sengaja dipasang dalam bilik tersebut untuk merakam kegiatan seks haramnya.

Soal pencerobohan hak individu mungkin benar bagi seorang penganut faham hak asasi barat, tetapi perbuatan mengadakan hubungan seks haram adalah bercanggah dengan budaya negara ini dan amat tidak bertanggungjawab, katanya.

Tambahan pula katanya, Perdana Menteri baru sahaja mengingatkan bahawa hak peribadi mesti diamalkan secara bertanggungjawab.

"Sebagai seorang menteri, perbuatan ini amat tidak layak dan memalukan. Ia akan menjadi contoh yang buruk kepada para remaja.

"Perbuatan menteri ini sendiri bertentangan dengan kempen Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan seks bebas bagi mengawal penyakit kelamin. Seorang menteri seperti ini tidak layak meneruskan tugasnya untuk negara," katanya.

Dalam pada itu katanya, Pemuda PAS menyedari bahawa ada usaha untuk menjatuhkan menteri tersebut sehingga video seksnya didedahkan kepada awam oleh media arus perdana sendiri.

Kem yang sama dengan Ong Ka Ting

Katanya, umum mengetahui Menteri Kesihatan berada dalam kem yang sama dengan Presiden MCA, Dato' Seri Ong Ka Ting, dan telah menjadi pengetahuan umum juga bahawa wujudnya krisis dan konflik yang tidak berkesudahan dalam MCA.

"Kejadian seperti ini berlaku kerana ada usaha untuk menjatuhkan pemimpin MCA itu dengan memperalatkan media arus perdana. Ia juga memberikan gambaran jelas kepada rakyat tentang hakikat perpecahan besar-besaran dalam kepemimpinan BN menjelang pilihanraya ini," katanya.

Katanya, DPP Pusat melihat bahawa pendedahan skandal seks ini mempunyai hubungan yang rapat dengan usaha-usaha untuk menjatuhkan Chua Soi Lek, lebih-lebih lagi apabila pemimpin MCA tertentu terus bersuara tentang perkara ini.

Namun begitu, katanya rakyat melihat betapa kronik krisis kepemimpinan dalam parti-parti komponen BN.

"Pemimpin antara parti bertelagah, pemimpin dalam parti yang sama juga berkrisis. Adakah pemimpin seperti ini yang patut diangkat oleh rakyat untuk mentadbir negara?.

"Dengan moral yang begitu rendah dan daya kepemimpinan yang lemah, pemimpin BN sudah tidak layak lagi untuk diberi mandat dalam pilihanraya akan datang," katanya./wann

KINI YANG MASIH MENJADI PERSOALAN ?????

Salinan dibuat oleh Abu Adham dari Detikonline

Apakah nilai yang diambilkira oleh kepimpinan UMNO bahagian Labis ?

Budaya mengatasi hukum atau hukum mengatasi adat ?

Pada saya, sudah tentu sikap dan tindakan Chua itu akan dipuji. Bukan sahaja ia mengaku perbuatannya yang dikira melanggar tatasusila kebudayaan timur, malah ia memohon maaf kepada keluarga dan berjuta rakyat Malaysia.

Cumanya, ia masih ingin mengekalkan jawatannya dalam kepimpinan negara . Alasannya adalah sama sahaja seperti yang sering diberikan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang lain. Iaitu perlantikan mereka dilakukan oleh Perdana Menteri walaupun rakyat yang mengundi mereka. Jadi, selagi PM mahu, mereka akan kekal.

Apakah PM Abdullah akan mengekalkan Chua ? Pilihanraya sudah semakin hampir. Abdullah sudah tentu tidak mahu kelihatan terpalit dengan ‘drama MCA’ itu.

Walaupun Abdullah mempamerkan dirinya terbaik dan mendapat nama sebagai cucu ulama, namun rakyat sudah hilang kepercayaan kepadanya. Abdullah sedar akan perkara ini. Abdullah bikin tak serupa cakap.

Pastinya Abdullah akan cuba mempamer dan menyakinkan rakyat sekali lagi bahawa dia adalah yang terbaik. Pertama kerana pilihanraya sudah semakin dekat. Kedua, biar ia mengorbankan Chua yang memang tidak berapa disenangi oleh beberapa kumpulan dalam MCA.

Ketiga, jika Chua diarahkan meletakkan jawatan, penggantinya akan diisi dalam waktu terdekat. Keempat, video ‘aksi’dan pengakuannya sudah membuatkan rakyat marasakan Chua sepatutnya dihukum. Kelima, PM akan menggunakan alasan bahawa rakyat sudah tahu dan sesuatu perlu dilakukan. Sudah terang lagi bersuloh.

Puas hati PM dan puas juga hati sekerat puak dalam MCA tidak timbul.

Nilai-nilai kerohanian sudah berpisah dari jasad. Ibarat singa dan harimau yang dipertontonkan bukan di zoo, tetapi di muzium-muzium.

MCA berat melepaskan Chua. Abdullah pun begitu. Tetapi Abdullah mesti kelihatan bersih kerana pilihanraya.

Inilah demokrasi ala Malaysia. Semuanya bergantung kepada PM. PM menyelamatkan kabinet dan kroninya, dan mereka pula menyelamatkan PM.

Dalam hal ini, jalan tengahnya ialah Chua mesti dikorban dan di'muzium'kan.

PAK LAH HILANG SUDAH KREDIBILITI & SEMAKIN HILANG PUNCA

KOTA BHARU, 2 Jan (Hrkh) – Mungkinkah pendedahan satu demi satu isu kronik yang membelenggu Barisan Nasional (BN) sekarang kerana kewibawaan pengerusinya, semakin hilang.

Ramai cuba membandingkan era pengerusi BN sebelum ini, di mana tidak kedengaran berlaku skandal seks secara meluas dan masalah kompenan BN seperti sekarang.

“Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap mampu menghidu masalah dalaman Umno dan BN lebih awal sehingga perkara itu berjaya ditutup rapat tanpa pengetahuan masyarakat.

“Namun sekarang, tidak berlaku lagi kerana pemimpin kompenan BN kelihatan tidak mempunyai pemimpin berpendirian tegas seperti mantan perdana menteri,” kata anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mohd Amar Abdulllah.

Beliau berkata, skandal seks terutamanya melibatkan seorang menteri kabinet tidak pernah terdedah kepada media sebelum ini, namun hari ini keadaan sebaliknya berlaku.

Menurutnya perdana menteri sekarang seperti tidak boleh mengawal keadaan yang berlaku sehingga berjaya dihidu media massa dan masyarakat.

Sebaliknya beliau berkata, menantunya, Khairy Jamaluddin pula dilihat lebih menguasai politik sehingga menenggelamkan kewibawaan Perdana Menteri.

“Mungkin ramai akan menunggu komen Khairy berbanding Perdana Menteri kerana ramai tahu beliau lebih suka mendiam berkaitan apa apa isu pun,” kata Naib Yang Dipertua PAS Jeli, Haji Suply Abdul Razak.

Suply yang juga Penyelia Dun Bukit Bunga berkata, amat wajar sekali Datuk Seri Chua Soi Lek meletak jawatan menteri kabinet sebagai menghormati Perdana Menteri.

Namun, kenyataannya semalam yang tidak mahu meletak jawatan secara jelas menggambarkan tidak menghormati Perdana Menteri yang menggagaskan prinsip Islam Hadhari dan modal insan.

Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajan negeri berkata, skandal seks merupakan perkara besar kerana berkaitan soal moral dan integriti, lebih-lebih lagi kedudukannya sebagai pemimpin negara.

“Tidak sepatutnya seorang menteri yang sebelum ini banyak menasihatkan rakyat supaya mengamalkan hidup sihat tiba-tiba melakukan perkara yang bertentangan nilai moral.

“Apa lagi yang boleh dicontohi daripada seorang pemimpin kalau moralnya sudah menjunam. Tidak berbangkit soal dianiayai oleh musuh politik kerana apa yang dilakukan melibatkan soal maruah diri sendiri,” ujarnya.

Seorang kakitangan kerajaan yang enggan dikenali turut melahirkan rasa malu bagaimana seorang menteri boleh terbabit dengan skandal seks.

“Saya tidak tahu bagaimana pemimpin itu yang agak dihormati dahulu mahu berdepan dengan masyarakat kerana moralnya sudah hilang sama sekali,” katanya. - mj

KUASA RAKYAT ! AKHIRNYA SOI LEK BERUNDUR.

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh) - Naib Presiden MCA Dato' Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan dan semua jawatan dalam parti serta anggota Parlimen Labis, berkuatkuasa serta merta.

Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang medianya dekat sini hari ini.Terdahulu sebelum pengumuman yang disiarkan dalam beberapa berita versi internet, Dr Chua Soi Lek digesa untuk melepaskan jawatannya itu.

Dalam satu kenyataan terkini Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, beliau meminta Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi segera membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihanraya diadakan.

Pembubaran itu digesa bagi memberi rakyat peluang mebuat pilihan sendiri menerusi sistem pilihanraya bersih dan adil.

Terdahulu gesaan supaya Dr Chua Soi Lek meletak jawayan turut dibuat oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob dan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar dalam kenyataan yang tersiar sebelum ini.

Mereka antara lain berpendirian bahawa perlakuan Dr Chua Soi Lek itu sesuatu yang menjejaskan integritri dan merendahkan moralnya sebagai seorang pemimpin kerajaan dan BN./wann.

SOI LEK MESTI LETAK JAWATAN

PAS Melaka mendesak Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek meletakkan jawatan serta merta kerana terlibat dengan video seks seperti yang dilaporkan semalam.Chua Soi Lek yang mengaku sebagai lelaki yang dilihat melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di dalam video itu mesti meletakkan jawatan demi maruah kerajaan dan integriti kabinet Malaysia.

PAS Melaka melihat bahawa isu ini bukan sekadar soal konspirasi politik, tetapi ia juga melibatkan soal intergriti dan etika beliau sebagai seorang wakil rakyat bertaraf menteri kanan serta juga pimpinan kanan MCA yang mewakili kaum Cina.Walaupun beliau bukanlah seorang muslim, namun apa yang dilakukannya, iaitu melakukan hubungan seks rambang dengan wanita (yang disifatkan sebagai kawan baiknya) bukan isteri beliau adalah diluar dari budaya kita rakyat Malaysia dan kaum cina sendiri.

Budaya menyimpan perempuan simpanan tidak wajar dilakukan demi nama baik kerajaan Malaysia yang kononnya terkenal dengan Islam Hadhari.Jika di negara lain pemimpinnya awal-awal lagi meletak jawatan kerana pendedahan skandal seks, mengapa pula Soi Lek berdegil tidak mahu berbuat demikian.

Pengekalan beliau sebagai menteri sudah tentu akan mencacatkan imej negara di mata dunia malah mungkin masyarakat Malaysia akan dilabel sebagai masyarakat yang rosak akhlaqnya disebabkan perangai pemimpinnya sedemikian.

Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir bertindak memecat timbalannya, Dato' Seri Anwar Ibrahim atas alasan melakukan seks luar tabii walaupun ia akhirnya mahkamah membuktikan Anwar tidak bersalah.

Adakah Chua ingin menanti dipecat oleh kerajaan dan MCA baru beliau akur. Ini sudah tentu akan menjejaskan nama baik negara kita.Jadi dalam kes ini Chua wajib meletak jawatan bagi menjaga nama baik negara dan juga organisasi yang dipimpinnya.

Jika beliau enggan meletak jawatan, maka adalah wajib bagi Perdana Menteri, Abdullah Badawi memecatnya.Oleh itu, sudah tiba masanya untuk beliau berfikir untuk kepentingan semua dan mengundurkan diri secara terhormat sebelum rakyat turun ke jalan raya untuk mendesak beliau berundur secara terhina.Soal ianya konspirasi atau tidak, itu adalah soal peribadi beliau.

Fakta yang jelas dan nyata kini, beliau sendiri telah mengakui kecurangan beliau kepada isteri, keluarga, penyokong dan 27 juta rakyat negara ini dan permohonan maaf beliau akan dilihat lebih ikhlas jika beliau segera berundur dari Kerajaan.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
sofiwahab@gmail.com

Tuesday, January 1, 2008

LENGKAP SUDAH SEBUAH BARISAN KEPIMPINAN YANG KOTOR, JELAK DAN MENJIJIKKAN......


Menonton siaran Berita di stesyen TV pengampu kerajaan Islam Hadhari malam tadi sungguh mengejutkan kerana ternyata pemimpin dan penyokong BN samada MCA atau Umno (MIC tidak kelihatan) memang tidak bermaruah kerana masih menyokong pemimpin yang terang-terang mempunyai skandal seks.

Ya Allah, apa bala yang Allah timpakan kepada Malaysia sehingga manusia yang samada yang beragama Islam atau belum beragama Islam tidak mempunyai maruah dan harga diri dengan terus menyokong pemimpin kotor seperti Chua Soi Lek.

Tidak adakah secebis kesedaran di dalam sanubari mereka bahawa pemimpin seperti Soi Lek telah menconteng arang imej negara kita.

Seorang menteri pemimpin kanan MCA salah sebuah parti politik terbesar yang mengaku melakukan perbuatan kotor dan jijik masih mahu meneruskan tugasnya malah pengikut-pengikutnya pula tetap menyokong tanpa ada rasa bersalah. Apakah mereka ini tidak mempunyai maruah dan harga diri?

Dalam kenyataan medianya Ketua MCA Bahagian Labis berkata pihaknya juga akan menyokong Soi Lek jika Naib Presiden MCA itu dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang.

“Kami akan memberikan beliau sokongan agar terus menjadi calon di Labis,” katanya kepada pemberita di sini petang ini sejurus Soi Lek memberikan sidang akhbar mengenai penyebaran cakera video digital (DVD) perlakuan seks beliau dengan seorang wanita.

Memang pengikut dan pemimpin BN sudah tidak ada perasaan apa-apa tentang rasuah, skandal seks, kronisme dan lain-lain. Mungkin semua ini sudah sebati dengan mereka dan ianya tidak salah sisi mereka.