Thursday, May 29, 2008

SIAPA YANG TIDAK DEMOKRATIK

Sejak mempunyai blog ini beberapa bulan lalu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam begitu hebat mengkritik pembangkang. Terbaru beliau mengkritik DAP kerana tidak elaun wakil rakyatnya perlu dimasukkan dalam akaun parti itu.

Sedangkan katanya elaun itu adalah hak wakil rakyat dan ia sewajarnynya dibayar terus kepada individu dan bukannya kepada parti.Katanya lagi, inilah yang berlaku kepada wakil rakyatnya di Melaka apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah membuat pembayaran, tetapi wakil rakyatnya tanpa usul periksa mengaku belum menerima elaun itu.

Saya tidak pasti apakah tuduhan Datuk Seri itu benar atau tidak.

Cuma saya ingin bertanya kepada Datuk Seri apakah Umno dan BN benar-benar demokratik.Di bawah ini beberapa soalan saya untuk dijawab oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

1) Apakah Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka mendapat jumlah peruntukan yang sama dengan Wakil Rakyat BN?
2) Apakah Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka dijemput sama dalam mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan?

3) Apakah Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka mendapat kemudahan menggunakan tempat-tempat awam sebagaimana Wakil-wakil Rakyat BN?

4) Apakah Wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka dilayan sepertimana Wakil-wakil Rakyat BN di Jabatan-jabatan Kerajaan?

5) Apakah Wakil-wakil Rakyat Pakatan Rakyat Melaka diberikan hak yang sama untuk berucap, merasmikan majlis dan sebagainya dalam mana-mana program melibatkan rakyat dan badan-badan bukan kerajaan?

Itu sahaja pertanyaan untuk kali ini. Harap Datuk Seri dapat menjawab dengan adil dan jujur.

Dari Blog Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka http://mutaligat.blogspot.com

Monday, May 5, 2008

KESAL DENGAN PENANGKAPAN WAKIL RAKYAT

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menyatakan kekesalannya dengan penahanan 3 orang wakil rakyat DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; ADUN Kesidang YB Goh Leong San dan ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong.

Penangkapan ketiga-tiga wakil rakyat merupakan suatu pencabulan kepada kedaulatan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat di mana tiada sebab yang jelas mengapa mereka bertiga di tangkap."Polis mesti menyatakan sebab mengapa ketiga-tiga mereka ditangkap kerana rakyat mahu tahu mengapa tindakan itu diambil.

Apakah Polis boleh menangkap sewenang-wenangnya sesiapa sahaja tanpa sebab, soal beliau.

""Sedangkan wakil rakyat pun boleh ditangkap tanpa alasan munasabah inikan pula rakyat biasa" kata beliau ketika diminta mengulas isu ini.

Ketiga-tiga wakil rakyat tersebut ditangkap Khamis lalu di berdekatan Sekolah Tun Tuah. YB Lim Jak Wong telah ditangkap kira-kira jam 11.00 pagi.

Selepas Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him dan ADUN Kesidang, YB Goh Leong San pula diarahkan memberikan kenyataan di Balai Polis Melaka Tengah dan mereka juga di tahan bersama-sama YB Lim di Balai Polis tersebut.

Lebih malang lagi Peguam ketiga-tiga YB tersebut, Damien Yeo telah dihalang oleh Polis bagi mewakili mereka ketika beliau sampai di Balai Polis tersebut kira-kira jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.